Satu kajian baru yang diterbitkan dalam Sains Tingkahlaku Evolusi mendapati bahawa wanita mengalami kesakitan emosi yang lebih dahsyat berbanding lelaki selepas putus cinta.

Akan tetapi, wanita pulih sepenuhnya secara emosi. Sebaliknya, lelaki mengalami kesakitan yang kurang pada awalnya namun kesakitan itu terbawa-bawa selama-lamanya dan mungkin tak akan pulih secara emosi sepenuhnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kajian itu melibatkan kaji selidik terhadap 5,700 orang yang baru putus cinta dari 96 buah negara yang berlainan mengenai pengalaman putus cinta mereka.

kenapa lelaki sukar untuk pulih daripada putus cinta 328

Mereka diminta untuk menilai kesakitan emosi dan fizikal mereka daripada skala 1 iaitu tidak sakit hingga 10 iaitu sakit yang tak tertanggung.

Hasilnya, wanita menilai kedua-dua iaitu perasaan emosi dan fizikal mereka lebih tinggi berbanding lelaki.

Ketika ditanya untuk menggambarkan perasaan mereka, wanita menyatakan bahawa mereka mengalami kemurungan, ketakutan, dan kebimbangan manakala lelaki melaporkan perasaan mati rasa, hilang tumpuan dan kemarahan.

wanita lebih derita selepas putus cinta

Kajian-kajian lain telah menemukan bahawa orang-orang yang merasa kesepian, tekanan dan bahkan hilang rasa keyakinan diri.

Kebanyakan orang mengalami sekurang-kurangnya tiga kali putus cinta yang serius sebelum usia 30 dengan, yang mana mengurangkan kualiti hidup mereka selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Namun apa yang mengejutkan adalah kajian itu juga mendapati bahawa wanita lebih cenderung untuk memulakan atau meminta untuk berpisah. Ini disokong oleh statistik yang memperlihatkan bahawa 70% perceraian adalah difailkan oleh wanita.

Ini menimbulkan persoalan iaitu mengapa wanita melakukan hal ini memandangkan ia membuatkan mereka kecewa?

Dalam hal ini, penyelidik kajian menyalahkan biologi.

Penulis utama kajian itu mengatakan bahawa wanita "berevolusi untuk melabur lebih banyak ke dalam hubungan," kerana "pertemuan romantis tunggal boleh mengakibatkan laktasi bertahun-tahun dan kehamilan sembilan bulan."

Dan walaupun begitu, kajian ini mendapati wanita "kurang merosakkan diri sendiri, menggunakan lebih banyak sokongan sosial yang diterima dan pulih dengan lebih cepat serta sepenuhnya.

perempuan mampu pulih sepenuhnya daripada perpisahan

(Gambar hiasan dari drama 30 Pesanan Suara)

Filem-filem yang dipaparkan membuatkan kita percaya bahawa wanita akan lebih kecewa dan lelaki pulih daripada putus cinta dengan serta-merta. Namun menurut kajian ini, ia sangat bertentangan.

Pada mulanya, lelaki akan cuba untuk pulih dengan lebih cepat tetapi semakin lama mereka akan mengalami kemurungan dan tingkah laku merosakkan diri apabila mula berasa kehilangan.

Hal ini boleh bertahan untuk beberapa bulan hingga beberapa tahun, walaupun mereka bertemu dengan pasangan baru.

Namun apa yang menarik adalah kajian ini menyatakan bahawa tiada siapa sama ada lelaki atau wanita yang "menang" dalam putus cinta.

Juga, satu kajian oleh Persatuan Psikologi Amerika menemukan bahawa selepas tempoh kemurungan putus cinta berlalu, ramai yang merasakan mereka telah mencapai sesuatu yang lebih baik untuk diri sendiri dan perspektif baru mengenai diri mereka sendiri terutamanya apabila mereka tidak berhadapan dengan perpisahan dengan memberontak.

Daripada memberontak, cara terbaik untuk mengatasi perpisahan adalah menurut sains adalah dengan melihat pada diri sendiri dan pengalaman putus cinta secara kritis.

lelaki sukar atasi kemurungan perpisahan

Memberontak mungkin dilihatkan satu pilihan yang baik pada mulanya tetapi ia tidak membantu dalam jangka masa panjang. 

Dan walaupun ia panjang, namun tidaklah panjang seperti yang disangkakan.

Satu kajian dalam jurnal psikologi positif mendapati bahawa tempoh yang diperlukan untuk mengatasi perpisahan atau putus cinta adalah 3 bulan.

Satu lagi kajian dalam Philosophical Transactions of the Royal Society menemukan bahawa orang yang masih tidak melupakan bekas pasangan selepas 6 bulan mengalami aktiviti otak dengan kemurungan yang konsisten. 

Jika anda mengalami putus cinta, jangan bersendirian dan kongsikan masalah anda dengan rakan-rakan serta ahli keluarga untuk kembali ke dunia kegembiraan.

Rujukan:

1. Sage Journals

2. NBC News

3. Independent




Hakcipta iluminasi.com (2017)