Kalau anda seorang peminat daging lembu, sudah tentunya anda sukakan steak! Di Malaysia terdapat banyak restoran-restoran yang menawarkan daging steak yang sangat sedap sehingga menjilat jari. Antaranya adalah Victoria station, Me'nate, dan banyak lagi. Dan bagi peminat steak, kadang-kadang mesti anda juga pernah masak steak sendiri, nak "test power" la katakan.
BESARKAN TEKS A- A+
Jika anda membeli daging dari pasar ataupun supermarket, apabila anda sampai di rumah dan mengeluarkan daging tersebut dari plastik, pastinya anda akan perasan ada seolah-olah seperti jus merah dalam plastik tersebut. Anda mungkin sangkakan ianya adalah darah daripada daging itu. Kebanyakan daripada kita secara terus menganggap just merah itu adalah darah daging tersebut, tetapi ia sebenarnya tidak.
Kebanyakan darah yang mengalir dari daging mentah telah dibuang ketika pemprosesan. Jus-jus yang berwarna merah yang tinggal biasanya ada dalam tisu otot. Jadi, apakah sebenarnya jus merah yang anda lihat?
Jus merah tersebut adalah gabungan air dan protin yang dikenali sebaga myglobin. Fungsi myoglobin adalah untuk membantu menghantar oksigen kepada sel-sel otot. Myoglobin mempunyai warna yang sangat gelap. Semakin tinggi kandungan myoglobin pada daging, semakin gelap atau merah warna daging tersebut. Namun, jika anda sedang menyediakan daging ayam atau ikan, anda tak akan nampak jus merah tersebut kerana daging putih mengandungi myoglobin yang sangat rendah.
Tahap kandungan myoglobin menentukan sama ada daging tersebut akan berwarna merah, gelap atau putih. Otot-otot dalam daging merah biasanya digunakan untuk berdirim berjalan dan aktiviti-aktiviti lain. Otot-otot ini terdiri daripada otot "slow-twitch" yang digunakan untuk aktiviti gerak perlahan. Manakala daging berwarna putih seperti ikan atau ayam pula mempunyai otot-otot yang terdiri daripada otot "fast-twitch" yang diperlukan untuk melakukan aktiviti yang laju atau deras sahaja.
Apabila myoglobin terdedah kepada udara, ia akan berubah menjadi warna coklat. Ini dapat membantu anda untuk mengetahui kesegaran sesuatu daging itu. Daging yang berwarna merah biasanya lebih segar daripada daging yang berwarna coklat atau gelap.
Di Amerika Syarikat, US Food and Drug Administration (FDA) membenarkan penggunaan karbon dioksida sebagai bahan pengawet. Ia dilakukan dengan menggabungkan karbon dioksida kepada zarah atom myoglobin. Ini akan menyebabkan ia berwarna merah dan menghalangnya daripada berinteraksi dengan oksigen.
Memilih daging yang diberi makan rumput
Jika anda suka makan daging, ia sangat penting untuk memastikan anda memilih daging yang betul dengan kesihatan anda. Jika haiwan-haiwan tersebut tidak diberikan rumput sebagai makanan, kemungkinan besar mereka diberi makan gandum-gandum dan dicucuk dengan antibiotik. Antibiotik dan gandum mengubah keseimbangan bakteria dan komposisi di dalam perut haiwan tersebut dan akan memberikan risiko yang berbahaya kepada kesihatan anda.
Daging yang diberi makan rumput dan bebas antibiotik dianggap organik. Ia juga cenderung untuk mempunyai kurang lemak, tinggi kandungan vitamin dan mineral, serta memiliki jumlah nisbah lemak omega-6 dan omega-3 yang lebih banyak. Apabila hendak memakan daging haiwan, anda lebih digalakkan untuk mengambil dari sumber organik atau daging yang disahkan sebagai "free-range". Dan bagi ikan pula ia lebih baik untuk memakan ikan yang ditangkap oleh nelayan atau dalam erti kata lain "ikan yang hidup meliar" bukannya yang diternak dan dibela di ladang.
Di mana daging organik boleh didapati?
Kebanyakan daging yang dijual di pasaraya berkemungkinan besar diternak dengan cara diberi makanan tertentu dan diberikan suntikan antibiotik. Jika ia tidak diternak sebegitu, ia akan dilabel pada bungkusan daging tersebut. Jadi, ketika anda membeli daging, selalu jadikan tabiat untuk menyemak label-label terlebih dahulu. Cara lain untuk memastikan daging anda bebas daripada antibiotik adalah dengan membeli dari penternak tempatan dan pasar pagi yang anda tahu dagingnya adalah organik dan bebas dari antibiotik.