jumpa ibu saya dahulu wany hasrita

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita

Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan dia menerima godaan daripada ramai lelaki, namun tiada seorangpun yang betul-betul serius.

Menurut Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, lelaki yang cuba mendekatinya pula hanya berani menegur di laman Instagram.

"Memang ada yang cuba berkenalan dengan saya tetapi hanya berani di Instagram sahaja. Tidak serius dan tidak konsisten pun, kita sendiri pun boleh tahu," kata Wany memetik laporan portal Astro Gempak.

Wany membuat kenyataan tersebut di majlis sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Wany meminta mana-mana jejaka yang betul-betul serius dalam perhubungan supaya tampil berhadapan dengan ibunya.

"Kalau betul-betul serius datanglah jumpa ibu saya dahulu sebab ibu saya adalah individu paling rapat dan akan berada dimana-mana sahaja saya ada," katanya lagi.

Malah, Wany akui dia masih solo serta tidak meletakkan sebarang sasaran tentang tempoh untuk bercinta mahupun berumah tangga.

"Ya, saya masih solo dan saya tiada kriteria spesifik tentang lelaki yang saya minat. Asalkan saya selesa bersamanya sudah memadai," tambahnya.

Dalam persaingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 yang dijadualkan berlangsung 9 Oktober, 5 dan 12 November ini, Wany tercalon menerusi dua buah lagu iaitu Menahan Rindu dan Di Sana Cinta Di Sini Rindu (duet bersama Tajul).

Keseluruhan program itu menampilkan 30 buah lagu dan bakal berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)