Oleh pada 24 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak , Instagram Ramli MS

        

Walaupun sudah dekat dengan peringkat suku akhir, nasib sembilan penyanyi masih lagi terjamin sebagai peserta dalam All Stars Gegar Vaganza 2023.

Maka, hal itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan ramai mengenai berapa jumlah sebenar finalis yang akan menyertai pertandingan akhir yang akan berlangsung dalam masa dua minggu akan datang.

        

gegar vaganza 2023 30558

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Memberi pandangan terhadap soalan itu, Datuk Ramli MS selaku pengarah muzik dan juri GV, memberikan 'hint' yang menandakan kemungkinan musim ini melibatkan bilangan finalis yang ramai.

Ramli atau 'Tok Ram' menyatakan bahawa episod akhir musim kesepuluh akan diadakan dalam durasi yang lama, ditemani oleh suasana iringan orkestra yang gah.

         

all star gegar vaganza 55280

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

"Saya dengar konsert akhir nanti akan berjalan kira-kira tiga jam. Oleh itu, perlu ada banyak kandungan dalam episod rancangan itu. Selain itu, orkestra muzik yang menyertainya sangat besar," dedahnya semasa sidang media konsert kesembilan GV pada Ahad.

Dalam pada itu, meskipun memberikan gambaran berkenaan, Ramli tetap selesa menjaga rahsia dan tidak mahu mendedahkan jumlah yang dimaksudkan.

"Tapi berapa jumlah peserta (finalis akhir), saya tidak boleh beritahu. Walaupun saya tahu sebenarnya, tetapi saya tidak dapat beritahu anda," tambahnya.

Mengikut jangkaan Iluminasi, adalah tidak mustahil jumlah finalis akhir akan mencapai lapan peserta atau sekurang-kurangnya tujuh.

Ia berasaskan penyertaan tertinggi finalis akhir GV pada musim ketujuh yang mencapai tujuh peserta. Oleh kerana jumlah peserta pada musim itu adalah 14 penyanyi, maka separuh daripada mereka berjaya menapak ke pentas akhir.

Jika situasi serupa berulang pada musim ini, dengan saingan 16 bintang keseluruhan, adalah tidak mustahil lapan bintang akan diumumkan ke peringkat akhir.

          

gegar vaganza 10 97881

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Untuk pengetahuan, konsert akhir All Stars Gegar Vaganza akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad bersamaan tarikh 10 Disember 2023, pukul 9 malam. Harga tiket bermula dari RM88 hingga RM688.

         

Baca: Ramli MS Beri Bayangan Terkini Jumlah Finalis Akhir All Stars Gegar Vaganza! Bukan 8? Bukan 7? Tapi..

Baca: "Atas 3 Orang.." Ramli MS Dedah Di Sebalik Keputusan Konsert Minggu 10 All Stars Gegar Vaganza

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 (Suku Akhir) Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 (Suku Akhir) Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

         

Dalam minggu suku akhir pada Ahad ini yang menampilkan tema "Fiesta Muzika" dan lagu-lagu pilihan Tok Ram, sembilan peserta yang masih dalam saingan adalah Siti Nordiana, Tomok (New Boyz), Jaclyn Victor, Hady Mirza (Singapura), Naqiu (Boboy), Nikki Palikat, Azharina Azhar, Liza Hanim dan Aliff Aziz (Singapura).

        

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 9

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)