juliana evans kekok diikuti pengawal peribadi 1

Kredit foto: Instagram Juliana Evans 

Aktres Juliana Evans mendedahkan perubahan yang terpaksa dilaluinya sejak bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang juga merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor.

Menurut Juliana demi keselamatan, suaminya mengarahkan agar dia tidak keluar secara bersendirian, sebaliknya perlu ditemani pengawal peribadi mereka.

juliana evans kekok diikuti pengawal peribadi 2

Kredit foto: Instagram Juliana Evans

Pada mulanya saya tidak faham dan tidak suka apabila orang ikut ke mana saya pergi kerana mahu bergerak bebas seperti dulu. Namun selepas berkahwin suami minta saya membiasakan diri dengan pengawal peribadi untuk keselamatan dan dia marah jika saya keluar seorang diri. Saya kekok pada mulanya, namun saya faham suami hanya mahu yang terbaik demi keselamatan saya ketika berada di luar.

Sumber: Astro Gempak

Sejak bergelar isteri, Juliana akui kehidupannya kini semakin bahagia.

Dia juga teruja dengan beberapa tanggungjawab baru termasuk tugasan menyediakan sarapan pagi buat suaminya.

juliana evans kekok diikuti pengawal peribadi 3

Kredit foto: Instagram Juliana Evans

Meskipun di rumah mempunyai pembantu tapi saya ingin suami merasa sendiri air tangan saya. Sesibuk manapun, saya akan cuba juga memasak untuk suami.

Sumber: Astro Gempak 

Juliana membuat kenyataan tersebut di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya, Ahad lalu.

Terdahulu, Juliana dan suami, Tengku Shariffuddin diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup pada 30 April lalu. 


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)