juliana evans bakal bernikah dengan tengku shariffuddin

Kredit foto: Instagram @julianaevans & Malay Mail Online

Pada sekitar hujung tahun lepas, terdapat spekulasi mengatakan yang pelakon Juliana Evans sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan bersama kekasihnya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah yang merupakan seorang kerabat diraja Selangor - Johor. Bagaimanapun, Juliana Evans menafikan dakwaan tersebut.

Menurut laporan ruangan Raja Mawar di Bipop Berita Harian baru-baru ini, Juliana dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat bersama jejaka yang sama. Namun, majlis tersebut bakal diadakan secara tertutup tanpa liputan media.

Seorang sumber mendakwa, Jue kini sedang menghitung hari untuk disatukan dengan buah hatinya itu. Khabarnya, majlis perkahwinan Jue akan berlangsung tidak lama lagi. Bagaimanapun, sumber enggan mendedahkan tarikhnya. Siapa tahu mungkin sebulan dua lagi.

Khabarnya, majlis pernikahan Jue dan kerabat berkenaan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan teman baik. Raja dengar wartawan pun tidak akan diundang kerana menghormati privasi keluarga. Yalah, kita kena faham, Jue bakal berkahwin dengan seorang kerabat jadi soal privasi tentu menjadi keutamaan.

Sekiranya benar, tidak salah rasanya untuk Juliana berkongsi berita gembira tersebut bersama peminatnya bagi mengelakkan fitnah. Apa-apa pun, mari kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.

juliana evans bakal bernikah dengan tengku shariffuddin 12h57

Sumber: Berita Harian & beautifulnara.com


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)