joy revfa ditawar menyanyi 1

Selepas Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Seri Vida dan Nur Sajat, kini usahawan kosmetik sensasi, Joy Revfa pula menerima tawaran dalam bidang nyanyian daripada sebuah syarikat rakaman.

Hasrat itu hendak dimakbulkan oleh seorang komposer dari Indonesia.

Ibu tunggal ini bagaimanapun mengaku belum bersedia meskipun tidak menolak.

"Alhamdulillah sepas kontroversi perkahwinan rezeki saya lebih murah dan memang ada tawaran berlakon dan menyanyi untuk saya.

"Saya dapat lagu daripada seorang komposer Indonesia, tapi saya perlu fikir panjang dulu kerana suara saya tidak sedap. Saya tidak menolak tetapi belum bersedia lagi," katanya menurut portal Mstar Online.

Joy membuat kenyataan tersebut di majlis sidang media tudung Alif Syukri yang berlangsung di Romah Makan Terlajak Laris, di Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, diminta mengulas tentang kehidupannya selepas kontroversi perkahwinan yang lalu, Joy memberitahu dia lebih banyak bersahabat dengan rakan-rakan yang positif.

joy revfa ditawar menyanyi 2

"Orang tanya macam mana saya boleh kuat dan menjalani kehidupan selepas perkara itu, saya fikir apa yang saya lalui hanya sedikit berbanding orang lain.

"Saya fikir positif dan dikelilingi orang-orang positif. Saya sarankan juga wanita yang senasib dengan saya agar sentiasa motivasikan diri," ujarnya.

Joy berkata dia masih menjadi sasaran kecaman netizen di laman sosial.

Namun dia sudah tidak ambil pusing kerana menganggap kecaman itu sebagai tanda mereka prihatin terhadap dirinya.

"Apa yang saya muat naik di laman sosial masih lagi ada yang komen bukan-bukan. Ada yang tegur saya sebagai wanita itu dan ini.

"Tapi tidak mengapa kerana ia merupakan salah satu cara mereka sayangkan saya," ujarnya.

Kredit foto: Instagram Joy Revfa
Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)