Oleh pada 24 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Joy Revfa

Joy Revfa, bekas isteri penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun mendedahkan dia sering menerima jambangan bunga ros daripada lelaki misteri sejak kembali bergelar solo pada 25 Oktober tahun lalu.

Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 31, berkata lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Mr.J itu menghantar jambangan bunga berlainan dekorasi hampir dua kali sebulan.

Joy bagaimanapun masih tertanya-tanya identiti lelaki tersebut.

"Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya siapa gerangan individu ini," katanya kepada portal Harian Metro.

Mengulas lanjut, Joy mengatakan dia juga ada mempelawa individu berkenaan untuk keluar bersamanya.

"Sebelum ini saya pernah memuat naik status di laman sosial dengan mengajak individu terbabit keluar bersama namun tiada jawapan," katanya.

Dalam pada itu, Joy akui kecewa apabila ada pihak mendakwa dia berbohong dengan membeli kesemua jambangan bunga itu semata-mata untuk mendapatkan perhatian.

Joy berkata dakwaan itu tidak berasas kerana dia lebih selesa hidup solo buat masa ini.

"Sebenarnya sebelum berkahwin lagi saya sudah terima tetapi sejak nama terpalit kontroversi dan hidup solo, saya kembali menerima jambangan bunga ros.

"Ada orang kata saya yang membeli bunga ini tapi kalau fikir secara logik buat apa saya nak membazir. Tambahan pula saya lebih selesa hidup solo," katanya.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)