Setiap ibubapa pasti runsing memikirkan cara terbaik bagi menghapuskan cacing dalam perut anak masing-masing. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai jenis rawatan mahupun ubat-ubatan yang boleh didapati di luar sana.
Namun begitu, tidak salah jika anda mencegahnya dari awal. Bak kata pepatah "Mencegah lebih baik dari merawat". Jadi, anda boleh mencuba tips ini untuk menghapuskan cacing-cacing tersebut dengan menggunakan bahan semulajadi.
Antara bahan-bahan yang anda boleh guna adalah :
BESARKAN TEKS A- A+
- Lidah Buaya.
Sediakan beberapa keping lidah buaya dan ambil lendirnya. Beri anak anda minum selama seminggu dengan sukatan 2 sudu setiap hari.
- Nenas
Bromelain yang terkandung dalam buah nenas sangat bagus untuk menghapuskan parasit dalam badan anak anda. Hidangkan anak anda dengan beberapa potongan nenas setiap hari dalam tempoh seminggu untuk melihat kesannya.
- Habatussauda
Habatussauda merupakan makanan sunnah yang mengandungi pelbagai khasiat. Berikan anak anda 7 - 11 biji dan kunyah. Anda juga boleh memberi 1 sudu minyak habatussauda kepada anak yang berusia 3 tahun ke bawah dan 2 sudu untuk anak berusia 3 tahun ke atas.
- Bawang Putih
Ambil 2 ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Campur dengan air dan beri anak minum setiap pagi.
- Biji Labu
Anda perlu mengeringkan biji labu dengan cara membakar atau menjemurnya. Kemudian makan seperti kuaci. Selain itu, anda juga boleh membeli biji labu organik yang terdapat dipasaran. Lebih mudah dan cepat.
- Biji Betik
Benar. Biji betik juga mampu merawat masalah cacing di kalangan anak anda. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu menumbuk biji betik sehingga lumat. Bancuh dengan air dan beri kepada anak anda minum. Kaedah ini perlu dilakukan selama seminggu untuk menyingkirkan cacing di dalam perut.
Selamat mencuba!