Oleh pada 08 Aug 2018 kategori

Bayangkan anda dibangkitkan kembali selepas tidur selama 42,000 tahun? Tak kan? Itulah yang dirasakan oleh seekor cacing yang dihidupkan semula di Rusia.

Laporan terbaru yang diterbitkan beberapa bulan lepas oleh Doklady Biological Sciences mendedahkan bahawa dua ekor cacing gelang prasejarah, masing-masing berusia 42,000 dan 32,000 tahun dengan secara ajaibnya telah dihidupkan semula.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ketika kajian itu dibuat, sekumupulan saintis Rusia daripada 4 institusi berbeza bekerjasama dengan penyelidik dari Jabatan Geosains Universiti Princeton untuk menganalisa 300 cacing prasejarah.

Dan daripada 300 cacing tersebut, hanya 2 sahaja yang menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa.

Kedua-dua cacing tersebut dijumpai di kawasan permafrost di Yakutia, kawasan yang tersangat sejuk di Rusia berdekatan dengan Siberia.

Menurut IFLScience, untuk menghidupkan kembali semula cacing selepas ia dipisahkan daripada sampel glasier, ulat-ulat ini diletakkan di dalam kultur bersuhu 20 darjah Celcius mengandungi gelatin da, diberikan bakteria E.coli sebagai makanan.

"Selepas dinyahbeku, kedua-dua cacing tersebut menunjukkan tanda masih bernyawa dan mula bergerak serta makan,".

cacing yang dihidupkan semula

Cacing pertama telah ditemui lebih daripada 15 tahun lalu di dinding permafrost dalam lubang tupai bawah tanah yang kuno di Duvanny Yar, sebuah kawasan yang merupakan bahagian bawah Sungai Kolyma.

Cacing tersebut dipercayai berusia hampir 42,000 tahun.

Menurut The Siberian Times, kawasan yang mengelilingi Sungai Kolyma adalah signifikan dari segi sejarah bukan sahaja kerana cacing purba yang dihidupkan semula yang terdapat di sana, tetapi juga kerana ia terletak berhampiran Pleistocene Park, tapak yang cuba mencipta semula habitat Artik bagi mammoth berbulu.

Cacing kedua yang dihidupkan semula dan dianggarkan berusia 32,000 tahunn ditemui pada tahun 2015 di permafrost berdekatan dengan Sungai Alazeya.

Kedua-dua cacing ini dipercayai adalah betina dihidupkan semula di Institute of Physico-Chemical and Biological Problems of Soil Science di Moscow.

pleistocene epoch

Kedua-dua ini dilihatkan hidup, bergerak dan makan buat kali pertama sejak zaman Pleistocene yang berlangsung dari kira-kira 2,588,000 hingga 11,700 tahun yang lalu.

Keupayaan cacing-cacing ini untuk kembali hidup selepas tempoh yang tersangat panjang benar-benar menyerlahkan kehebatan spesis nya.

Cacing ini yang terkenal dengan kebolehannya untuk menahan keadaan esktrem yang mana biasanya organisma lain tidak mampu bertahan.

Beberapa eksperimen lain telah membuktikan spesis ini mampu hidup semula daripada beku sehingga tempoh 39 tahun namun penemuan mengejutkan ini adalah yang pertama menghidupkan semula cacing zaman kuno serta yang tertua.

Para penyelidik percaya bahawa penemuan ini penting dalam bidang cryobiosis dan penemuan mereka memberikan pandangan yang berharga kepada kebolehan penyesuaian cacing gelang.

Rujukan:

Scientists revived 42,000-year-old frozen worms

Frozen siberian worms

Siberian worms come back to life




Hakcipta iluminasi.com (2017)