Pernahkah anda mendengar tentang konsep yang dinamakan sebagai paradox of choice atau paradoks pilihan?

Dalam bidang psikologi, paradoks ini atau kami ringkaskan sebagai POC merupakan situasi dimana seseorang itu perlu melakukan keputusan atau pilihan, tetapi akhirnya gagal membuat keputusan disebabkan oleh wujud terlalu banyak pilihan yang boleh dia pilih; menjadikan dirinya resah dan tidak puas hati dengan hidup.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dipopularkan dalam buku 'The Paradox of Choice: Why More is Less', konsep ini menyebabkan kita sukar untuk bergerak kerana dibebani dengan terlalu banyak pilihan yang menarik untuk kita pilih.

Lima isu negatif akibat POC

1. Pilihan yang terlalu banyak

lambakan pilihan buat hidup makin sukar

Apabila kita dihadapkan dengan pilihan dalam jumlah besar , kita akan merasa tertekan sehingga sukar untuk membuat keputusan.

Ini boleh membawa kepada situasi di mana kita 'lumpuh' dalam membuat keputusan, yang akhirnya boleh menyebabkan kita langsung tidak memilih.

2. Naiknya kebimbangan

kita semakin sukar buat keputusan

Sedar tak, bila kita dihadapkan dengan lebih banyak pilihan, kita juga sebenarnya merasa peningkatan tahap kebimbangan dan tekanan, kerana kita sebagai individu bimbang akan membuat keputusan yang salah.

Ketakutan untuk hilang pilihan yang kita rasa lebih baik boleh membawa kepada keraguan dan rasa menyesal.

3. Tidak lagi merasa puas

zaman moden pilihan terlalu banyak

Selepas membuat pilihan, individu seperti kita mungkin merasa kurang puas dengan keputusan kita apabila kita dah biasa mempunyai terlalu banyak pilihan.

Kita akan sentiasa membandingkan pilihan kita dengan kemungkinan lain yang ada, membawa kepada perasaan penyesalan 'kenapa aku pilih ni?' atau 'apa pasallah aku tak pilih tu?'

4. Resah takut menaikkan kos

fahami paradoks pilihan

Dengan adanya lebih banyak pilihan, individu menjadi lebih sedar tentang kos yang boleh jatuh ke atas mereka, akibat keputusan mereka.

Kita akan lebih fokus terhadap sesuatu yang kita tak dapat berbanding apa yang kita perolehi, menjadikan kita seseorang yang kurang rasa bersyukur menerima sesuatu perkara.

Bila kita sering berhadapan dengan paradoks ini?

paradox of choice

Sedar tak sedar, setiap hari kita perlu berhadapan dengan keresahan ini. Cuma mungkin anda tak sedar atau kurang peka tentang masalah yang anda sendiri sedang hadapi.

Bila kita perlu memilih? Ada banyak situasi. Nak pilih apa yang nak ditonton, muzik apa kita nak dengar, barangan apa nak dibeli, di mana kita nak makan dan nak ke mana hujung minggu ini. Semua ini kita buat setiap hari.

Setiap situasi yang kami senaraikan di atas memerlukan kita melakukan pilihan tetapi malangnya dengan wujudnya berjuta-juta pilihan yang mudah, kita biasanya memerlukan masa yang agak lama untuk kita sampai ke satu-satu pilihan. Tipulah kalau anda tak pernah duduk di depan TV atau telefon pintar lalu menghabiskan masa hanya untuk memilih satu filem yang anda nak tonton.

Kadang-kadang masa yang anda gunakan untuk memilih apa nak ditonton pun, jauh lebih panjang durasinya berbanding filem yang anda tengok.

POC adalah cabaran yang boleh katakan biasa dalam kehidupan moden, sangat mempengaruhi kita dalam membuat keputusan. Apa yang penting dalam menangani masalah paradoks ini, kita sendiri kena cepat membuat keputusan dan tak usahlah terlalu memandang ke belakang, memikirkan pilihan yang telah kita buat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)