Oleh pada 22 Jul 2017 kategori

Mungkin selama ini anda tidak pernah sedar bahawa banyak perbuatan, perlakuan atau rutin harian anda telah dilakukan dengan salah. Artikel ini akan menjelaskan satu per satu perbuatan yang ramai salah lakukan dalam aktiviti seharian.

1. Minum air tin dengan straw

Sumber: rd.com

Anda tahu bahawa tab kecil yang digunakan untuk membuka air minuman tin anda juga sebenarnya tempat pemegang untuk straw anda. Jangan menenggelamkan straw tersebut ke dalam minuman berkarbonat yang menyebabkan ianya timbul dan keluar dari atas, sebaliknya letakkan straw melalui tab pembuka tadi dan straw anda pasti akan statik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

2. Mengupas pisang

Walaupun manusia telah membuat inovasi banyak perkara, kita seringkali tewas semasa mengupas pisang. Lupakan cara mengupas dari atas, yang sebenarnya boleh menjadi sangat sukar. Mulai sekarang ikut cara buka pisang dari bawah. Ia pasti dapat dilakukan dengan satu kupasan yang kemas.

3. Kemas pakaian dalam bagasi

Sesetengah manusia gemar melipat atau menggulung pakaian dalam bagasi. Tetapi, jarang orang melipat dan menggulung sekaligus. Walaupun menggulung pakaian anda membolehkan anda untuk mendapatkan lebih banyak ruang dalam beg anda, terdapat kaedah genius yang disebut 'bundling' yang membolehkan anda untuk memuatkan lebih banyak pakaian.

'Bundling' memerlukan anda untuk melapis pakaian anda bermula dengan barangan besar seperti sweater atau jaket, dan menambah item kecil lainnya di atas, sebelum menggulung semuanya ke dalam satu bundel padat yang dapat dimuatkan dengan mudah ke dalam beg pakaian anda. Pelajarinya dengan menonton video dibawah!

4. Panaskan lebihan makanan dengan microwave

10 rutin harian yang anda salah lakukan seumur hidup 4

Sumber: pomofo.com via Wikipedia / reddit.com

Pernah tertanya-tanya mengapa ruangan tengah makanan yang anda panaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) selalu sejuk? Ini kerana haba dari ketuhar gelombang mikro tersebut sampai ke bahagian luar terlebih dahulu serta memanaskannya lebih daripada ruangan tengah.

Untuk mengelakkan ini terjadi, buat suatu lubang kecil di bahagian tengah pinggan anda dan makanan anda ke tepi. Ini akan memanaskan makanan tersebut secara sama rata dan sempurna.

5. Keringkan tangan guna tisu

10 rutin harian yang anda salah lakukan seumur hidup 5 889

Sumber: buzzfeed.com

Anda biasa menggunakan lebih dari sehelai tisu untuk mengeringkan tangan anda sama ada di dalam tandas atau selepas makan? Jika ya, inilah masa terbaik untuk anda mengubah tabiat itu. Cara terbaik adalah dengan mengambil sehelai tisu sahaja dan melipatnya sebelum digunakan.

Dengan ini, suatu proses dinamakan 'interstitial suspension' terjadi dimana air dapat diserap secara sama rata ke dalam tisu tersebut dengan berkesan. Bahkan, ia juga dapat mengelakkan pembaziran.

6. Kupas ubi kentang

Mengupas kulit ubi kentang bukanlah semudah yang disangkakan, terutamanya bagi surirumah yang terpaksa mengejar masa. Selepas ini, apa kata anda rebus terlebih dahulu ubi kentang itu dan seterusnya rendam dalam air sejuk selama 5 saat. Kemudian, tarik kulitnya. Senang bukan?

7. Menyelamatkan telefon yang terkena air

Apabila telefon mengalami sedikit tumpahan air sama ada di dalam bilik air, tandas awam atau kolam, kita seringkali diberitahu untuk merendamkannya dalam beras dan tunggu beberapa hari untuk ianya boleh berfungsi semula.

Walaubagaimanapun, jika anda meletakkan telefon anda dalam beg ziplock yang dimeteraikan yang mempunyai beberapa paket gel silika di dalamnya, ia akan kering lebih cepat. Paket-paket tersebut ada dalam pakej anda kerana ia menyerap kelembapan, jadi mereka berfungsi lebih baik daripada beras.

8. Mengupas mangga

Sesiapa yang suka makan mangga pasti tahu mengupasnya boleh menjadi sangat menjengkelkan dan melekit. Sebaliknya, apa yang anda perlukan adalah cawan yang kukuh dan sedikit koordinasi mata serta tangan.

9. Tuang cecair

10 rutin harian yang anda salah lakukan seumur hidup 9

Sumber: buzzfeed.com via Youtube CrazyRussianHacker

Kalau anda seorang yang cemerkap dan sering menumpahkan air minuman semasa menuangkannya dari kotak atau botol. Apa kata anda gunakan cara seperti dalam gambar di atas. Nescaya, air tersebut tidak akan jatuh berderai oleh kerana tekanan yang kurang disebabkan lubang yang berada di kedudukan yang lebih tinggi. Selain minuman, cara ini juga boleh digunapakai untuk cecair lain seperti minyak pelincir.

10. Buang air besar

10 rutin harian yang anda salah lakukan seumur hidup 10

Sumber: buzzfeed.com via squattypotty.com

Ketahuilah cara semulajadi sewaktu membuang air besar adalah dengan mencangkung bukannya duduk. Bagi yang masih menggunakan tandas cangkung, mungkin ianya tidak menjadi satu masalah. Jika kita duduk, saluran usus menjadi tidak semulajadi berbanding sewaktu mencangkung.

Rujukan:

thoughtcatalog.com

buzzfeed.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)