Oleh pada 24 Apr 2017 kategori

Pada setiap 27 haribulan Rejab menurut kalendar Islam, umat Islam akan meraikan perisitwa Israk Mikraj. Peristiwa Israk Mikraj adalah peristiwa yang berlaku melibatkan Rasulullah melalui turunnya Malaikat Jibrail. Jom kita belajar serba sedikit tentang peristiwa Israk Mikraj.

1. Peristiwa Israk Mikraj berlaku setiap 27 Rejab setiap tahun.

2. Peristiwa itu berlaku pada tahun 721, selepas berlakunya dua peristiwa besar dalam kehidupan Rasulullah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

3. Rasulullah saw. kematian pakciknya iaitu Abu Talib yang dianggap sebagai ayah oleh Rasulullah.

4. Peristiwa kedua pula adalah kematian isteri Rasulullah, Siti Khadijah dalam tahun yang sama yang membuatkan Rasulullah berada dalam keadaan duka. Kehilangan dua individu itu yang senantiasa menyokongnya membuatkan Rasullulah benar-benar ditimpa kesedihan.

5. Kerana murung, pergerakan dakwah Rasulullah menjadi perlahan sehingga akhirnya orang kafir Quraisy menganggu baginda membuatkan baginda beredar ke Taif. Di Taif pun baginda mengalami nasib serupa. Akhirnya baginda pulang ke Mekah.

6. Dilanda kemurungan yang berpanjangan, Allah swt. memerintahkan Malaikat Jibrail untuk membawa Rasulullah melalui Israk atau maksudnya "dibawa berjalan" dan Mikraj ataupun "diangkat ke atas."

iluminasi israk mikraj melayu malaysia

7. Sebelum memulakan perjalanan, Malaikat Jibrail terlah terlebih dahulu membedah dada Rasulullah saw. dengan membersihkan hatinya, membuang ketul hitam dan dicuci dengan air zam-zam. Kemudian hatinya diisi dengan segala kebaikan iman dan hikmah, kemudian dadanya dicantumkan semula.

8. Selesai pembedahan, didatangkan sejenis binatang bernama Buraq untuk ditunggang Rasulullah. Menurut pendapat, Buraq adalah binatang yang dihasilkan daripada cahaya dan berkebolehan bergerak sekelip mata.

9. Dengan menaiki Buraq, Rasulullah melalui beberapa tempat sambil diiringi Malaikat Jibrail. Setiap lokasi tersebut iaitu negeri Thaibah atau Madinah yang akan menjadi tempat penghijrahan, Bukit Tursina tempat Nabi Musa as. mendapat wahyunya dan Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa as. Pada setiap persinggahan, Rasulullah saw. akan bersolat dua rakaat.

10. Dalam perjalaan Israk, terdapat pelbagai gangguan dan petunjuk yang muncul. Kebanyakannya adalah petunjuk kepada amalan yang perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan umat Islam. Dalam perjalanan itu juga, Rasulullah telah ditahan oleh seorang perempuan tua yang terbongkok-bongkok serta uzu, yang ingin bertanyakan sesuatu.

11. Malaikat Jibrail menjawab yang gambaran wanita itu adalah gambaran usia dunia pada ketika itu.

10. Selepas itu mereka tiba di lokasi Masjd Al-Aqsa, Baitulmuqaddis, Palestin. Setiba Rasulullah saw. di sana, Malaikat Jibrail menguji Rasulullah dengan dua hidangan susu dan arak. Rasulullah saw. memilih susu sebagai minumannya.

11. Selesai proses Israk, Rasulullah diangkat ke langit melepasi tujuh lapis langit menaiki tangga yang datangnya dari syurga. Ini adalah permulaan proses Mikraj.

iluminasi israk mikraj melayu malaysia2

12. Sepanjang perjalanan menaiki tangga merentasi langit, Rasulullah saw. bertemu dengan Nabi Adam as, Nabi Isa, Nabi Yahya, Nabi Yusof, Nabi Idris, Nabi Harun, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim.

13. Sampai di tingkat teratas, Rasulullah saw. telah sampai ke tempat yang dinamakan Hadhratul Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab yang membolehkan Rasulullah saw. melihat sendiri Allah swt. dengan matanya.

14. Allah swt. memerintahkan Rasulullah saw. mengangkat kepalanya dari sujud lalu memohonlah apa saja yang pasti Allah swt. perkenankan.

15. Lalu Rasulullah berkata,"Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil (sahabat baik) dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan."

16. Lalu Allah swt. memberitahu Rasulullah semula," Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah (ayat Kursi) sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd (panji penghulu segala umat) maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang."

17. Selepas mendengar pesanan Allah swt. itu, Rasulullah saw. bermunajat lalu bertemu kembali dengan Nabi Ibrahim as. dan Nabi Musa as. Nabi Musa as. bertanya kepada Rasulullah saw. apa yang diperintahkan oleh Allah swt. kepadanya. Rasulullah pun berkata yang Allah swt. memerintahkan umatnya bersolat fardu 50 kali sehari.

18. "Kembalilah pada Tuhanmu kerana para pengikutmu tidak akan sanggup mengerjakan perintah itu," kata Nabi Musa as.

19. Rasulullah pun kembali mengadap Allah swt. lalu memohon dikurangkan fardhu solat daripada 50 kepada 5 waktu. Melihat rayuan Rasulullah itu selepas sembilan kali Rasulullah saw. merayu, Allah swt. mengurangkan keperluan kewajipan solat 50 waktu menjadi 5 waktu dengan ganjaran yang sama dengan solat 50 waktu. Pada zaman itu, kewajipan bersolat 5 waktu belum ada dan hanya wajib solat 2 rakaat pada waktu pagi dan 2 rakaat pada waktu petang/malam.

20. Rasulullah juga ketika dilangit dibawa melihat syurga dan neraka, kemudian beliau turun semula ke bumi kembali di Masjid al-Aqsa untuk kembali semula ke Mekah menaiki Buraq yang ditambat di Masjid al-Aqsa.

21. Rasulullah saw. melakukan perjalanan dari Mekah ke Baitul Muqaddis, diangkat kelangit bertemu para Rasul dan Allah swt., turun semula ke Baitul Muqaddis dan pulang ke Mekah dalam masa 1 malam sahaja.


Jika kita ukur jarak dari Masjid al-Aqsa ke Mekah menggunakan Google Maps, jarak yang kita akan perolehi adalah 1470.3 km. Harap kisah ini membantu anda mengagungkan kebesaran Allah swt. Selamat beristirehat sempena cuti awam hari ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)