Kredit foto: artisbuzz.com
Sejarah tercetus apabila pelakon dan penggusti terkenal Amerika Syarikat, John Cena membuat keputusan untuk melamar kekasihnya, Nikki Bella di atas gelanggang gusti World Wrestling Entertainment (WWE) disaksikan seramai hampir 65,000 penonton.
Lamaran itu dilakukan selepas pasangan itu berjaya menewaskan lawan mereka, The Miz dan Maryse pada acara 'WrestleMania 33' bertempat di Stadium World Camping, Orlando baru-baru ini.
Menerusi video tersebut yang menjadi tular, John Cena dilihat melamar kekasihnya itu dengan memberikan sebentuk cincin sebelum dipersetujui dan diterima oleh Nikki Bella.