bercerai selapas solat istikharah nazim othman dedah pertemuan terakhir dengan bella dally 1

Kredit foto: Instagram Nazim Othman

Aktor Nazim Othman mendedahkan terpaksa mengambil masa enam jam dalam sesi perbicangan hati ke hati bersama bekas isterinya, Bella Dally sebelum mengambil keputusan berpisah.

Menurut Nazim, perbincangan itu berlangsung sehari sebelum keberangkatannya ke Sabah untuk memfailkan perceraian.

Kenyataan itu dibuat pelakon drama Monalisa ini menerusi akaun Instagram peribadinya di mana turut disertakan foto momen pertemuan terakhir mereka sebagai suami isteri.

"Segala kesedihan, punca perpisahan serta hal yang berlaku adalah lebih baik hanya kami berdua yang simpan.

"Kami menerima ketentuan ini dengan berlapang dada dan bersetuju untuk tidak mensensasikan topik ini kepada umum," katanya.

bercerai selapas solat istikharah nazim othman dedah pertemuan terakhir dengan bella dally 2

Kredit foto: Instagram Nazim Othman

Sementara itu, katanya, dalam menghargai nasihat yang dilontarkan orang sekeliling, keputusan bercerai tetap dibuat selepas melakukan solat istikharah.

"Kuncinya adalah reda. Walaupun ia keputusan yang berat dan amat menyedihkan tapi saya percaya Allah SWT menghantar setiap ujian itu kepada hambaNya yang kuat dan kami percaya perpisahan adalah jalan terbaik untuk kami berdua.

"Sesungguhnya, Allah sememangnya sebaik-baik perancang. Jadi kepada anda semua teruskan hidup dengan tenang dan positif. Semoga Allah sentiasa mengasihani kita," tulisnya.

Nazim dan Bella mengumumkan perceraian menerusi laman sosial Instagram pada 17 Mei.

Perkahwinan pada September 2016 itu bagaimanapun tidak beroleh cahaya mata.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)