bella dally umum bercerai dengan nazim othman pada 1 ramadhan 1

Kredit foto: Instagram Bella Dally & Instagram Nazim Othman

Semalam iaitu pada 1 Ramadhan, aktres Bella Dally mengesahkan ikatan perkahwinannya dengan aktor Nazim Othman sudah berakhir.

Bella, menerusi laman sosial Instagram, mendedahkan perkhabaran itu kepada para pengikutnya.

“ALLAH perancang terbaik

“Salam Ramadan kepada semua. Sebagai permulaan di bulan yang mulia ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Nazim telah bercerai," tulis Bella.

bella dally umum bercerai dengan nazim othman pada 1 ramadhan 2

Kredit foto: Instagram Bella Dally

Tidak memperincikan punca perpisahan, Bella bagaimanapun lebih selesa menyifatkan ia sebagai ketentuan Allah SWT.

“Kenapa? Apa yang berlaku? Ini adalah persoalan yang keluarga tanyakan. Dipendekkan cerita rumah tangga kami tidak berjaya,” katanya.

Ingin ditegaskan, katanya, hubungan itu telah sedaya upaya dipertahankan sebelum takdir Tuhan mengatasi usaha mereka.

“Kami berdua mengambil keputusan ini sebagai jalan terbaik," ujarnya.

Tidak melupakan orang kuat yang berada di sekeliling, Bella merakamkan penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan mereka.

“Kepada rakan, keluarga, peminat dan teman sekerja yang berada ketika susah senang, terima kasih,” tulisnya lagi.

Nazim dan Bella selamat bergelar suami isteri secara sah pada 10 September 2016.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)