jiran ugut bakar rumah

Kredit foto: budiey.com

Pelakon dan pengacara Karl Shafek mendedahkan beliau kini berhadapan dengan ancaman apabila ada jirannya yang mengugut mahu membakar rumah dan dua kucing peliharaannya. 

Ia susulan dakwaan jiran Karl tentang kucing peliharaan Karl yang dikatakan sering membuang najis merata-rata di kawasan kondominium kediamannya. 

Bagaimanapun Karl menafikan dakwaan tersebut kerana menurutnya, dua kucing itu hanya tinggal dalam rumah dan tidak berkeliaran keluar. 

Saya tidak pernah bergaduh dengan sesiapa sejak menginap di sini lima tahun lalu. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan baik. 
Menurut Karl, jiran tersebut membuat aduan kepada pihak pengurusan kondominium, lalu perkara itu disampaikan kepadanya. 
Malah Karl sendiri tidak pernah berjumpa dengan jiran yang membuat aduan. Ancaman tersebut disampaikan oleh pihak pengurusan kondo kepadanya, selain diberi nasihat untuk membuat laporan polis. 
Pihak pengurusan memaklumkan jiran itu bukan saja mengugut untuk membakar kediaman dan dua kucing milik saya, malah ingin mengupah orang untuk memecah masuk kediaman saya. Disebabkan ada unsur ancaman, pihak pengurusan kondominium menasihatkan supaya membuat laporan polis. 

Karl telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Sri Damansara kira-kira jam 6 petang semalam. 

Sumber berita: Metro 

tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)