Kredit foto: Instagram Kajol Devgan

Hampir 2,000 netizen membanjiri Jalan Masjid India, Kuala Lumpur semalam untuk bertemu dengan aktres terkenal Bollywood, Kajol Devgan.

Kajol tiba di Malaysia bersempena sesi ramah mesra dan promosi filem terbarunya, Velaiilla Pattadhari (VIP 2). 

jalan masjid india gamat gara gara kehadiran kajol 2

Kredit foto: Instagram Kajol Devgan

Difahamkan, netizen menunggu di perkarangan Jalan Masjid India sejak pukul 2 petang. Malah ada yang datang dari Kedah dan mengambil cuti semata-mata untuk bertemu beliau.

jalan masjid india gamat gara gara kehadiran kajol 3

Kredit foto: Instagram Kajol Devgan

Kajol, 43 bagaimanapun hadir pada jam 8.30 malam bersama persalinan lenga berwarna biru gelap. Kehadirannya telah mencetuskan suasana gamat apabila netizen tidak berhenti menjerit dan bersorak namanya. 

"Selamat petang, saya amat terharu dengan cara anda menyambut saya. Anda memang hebat," ucap Kajol sebagai menghargai sambutan yang diberikan. 

jalan masjid india gamat gara gara kehadiran kajol 4

Kredit foto: Instagram Kajol Devgan

Filem VIP 2 antara lain turut menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Dhanush, Amala Paul Vivek, Samuthirakani dan Saranya Ponvannan. VIP 2 akan mula ditayangkan pada Ogos ini.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)