Oleh pada 05 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Ustaz Abu Syafiq & Instagram Muzaffar Jakel

    

Meskipun jenama Jakel yang berdepan kontroversi sebelum ini menjadi kecaman netizen, namun pendakwah Ustaz Abu Syafiq tampil dengan pendirian sebaliknya.

Abu Syafiq beranggapan, nasib yang melanda gedung tekstil itu tidak ubah seperti apa yang berlaku terhadapnya baru-baru ini.

"Terbaru berkaitan dengan Jakel, apa yang berlaku kepada Jakel kali ini hampir sama apa yang berlaku ke atas saya, iaitu melaga-lagakan antara umat Islam," katanya.

Sehubungan itu, Abu Syafiq menegaskan dirinya bakal menjadi orang pertama menyebelahi Jakel membabitkan isu berkenaan.

"Fitnah di bulan Ramadan, dengan sifat dengki. Jadi saya ingin isytiharkan bahawa saya orang pertama yang menyokong Jakel," katanya.

Abu Syafiq memberitahu, sebagai salah satu bentuk sokongan, beliau akan mendapatkan kain di Jakel untuk didermakan kepada masyarakat yang memerlukan.

"Insya-Allah kita akan membeli kain di Jakel, kita jahit untuk pelajar-pelajar tahfiz, anak yatim dan miskin serta orang susah yang memerlukan.

"Supaya kita menyokong Jakel yang membantu bangsa Melayu dan umat Islam khususnya.

"Sekarang kita nampak siapakah di belakang pengkhianatan ini, jadi ikutlah nabi jangan ikut wahabi," katanya.

    

abu syafiq

Kredit foto: Instagram Ustaz Abu Syafiq

    

Beliau membuat kenyataan menerusi posting terbaharu Instagram (IG) pada Selasa.

Ia susulan kiriman IG yang dimuat naik adik Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Muzaffar Jakel yang menjadi kontroversi baru-baru ini kerana menyentuh sensitiviti orang Melayu.

Namun, Muzaffar yang menyedari kesilapannya, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada para pelanggan.

    

Sumber berita: "Kita Akan Pergi Beli Kain ..." - Ustaz Abu Syafiq Nyata Sokongan Untuk Jakel, Sifatkan Senasib Difitnah

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)