Oleh pada 15 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Komposer dan anggota kumpulan IAmNeeta, Patrick Anohada tidak mempunyai masalah apabila lagu Sakit nyanyian kumpulan itu dianggap sebagai lagu baru aktres Fathia Latiff.

Isu itu timbul apabila video lagu Sakit dalam versi nyanyian Fathia dimuatnaik di Youtube hingga menjadi trending.

Kemudian, ada pula beberapa pihak yang mempromosikan lagu berkenaan berserta kapsyen yang mengatakan ia lagu asal Fathia.

Akui Patrick, awalnya, vokalis kumpulan mereka berasa terkesan apabila nama penyanyi asal dipinggirkan.

fathia latiff lagi popular dari penyanyi asal 2

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

“Sebenarnya kesilapan itu tidak disengajakan dan vokalis kami Neeta sedikit terasa memandangkan Sakit adalah lagu IAmNeeta. Disebabkan itu, dia menyuarakan rasa kecewa.

“Bagaimanapun, kami sudah memberi kebenaran kepada Fathia membuat ‘cover version’ lagu itu. Saya sendiri tidak sangka lagu Sakit mendapat sambutan luar biasa," katanya.

Malah, beliau mula menyedari impak postif yang diterima kerana kumpulan IAmNeeta kini semakin dikenali umum. 

“Bagi saya tiada masalah pun atas kekeliruan yang berlaku. Sebaliknya ia bagus untuk kami lebih dikenali terutama pendengar tidak tahu kewujudan IAmNeeta selama ini”, katanya.

Sejak dilancarkan pada 7 Februari lalu, muzik video dalam versi Fathia itu telah meraih lebih 500,000 tontonan.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)