Oleh pada 03 Feb 2018 kategori

Sumber foto: The Star Online

Iskandar Zulkarnain Zainuddin membawa berita baik menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (kelayakan Piala Thomas) di Alor Setar, minggu depan dengan menunjukkan prestasi membanggakan menerusi Terbuka India.

Iskandar (27 tahun) tampil membuat kejutan terhadap pemain No. 3 dunia, K. Srikanth bagi mara ke suku akhir di New Delhi, malam kelmarin.

Beliau selaku perseorangan ketiga negara menerusi kelayakan Piala Thomas, 6 hingga 11 Februari depan menewaskan pemain harapan tuan rumah yang turut merupakan pilihan kedua, Srikanth 21-19, 21-17 dalam tempoh 43 minit.

Ia merupakan kejayaan terhebat untuk pemain yang berasal dari Johor itu setelah pulang ke saingan kompetitif sedari sembuh daripada kecederaan belakang, setahun lepas.

Iskandar yang cuma menduduki kedudukan ke-85 dunia memulakan saingan dari peringkat kelayakan. Dia telah menentang seorang lagi pemain India, Sameer Verma pada suku akhir malam semalam.

Kedua-dua pemain itu cuma pernah berlawan sekali pada Grand Prix Emas Terbuka Malaysia 2012 yang melihatkan Iskandar menjuarai 21-13, 14-21, 21-11. Sameer sedang berada di kedudukan ke-30 dunia.

Dalam pada itu, beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai juga memberi ancaman Malaysia menerusi suku akhir kelmarin dengan terus menunjukan kehebatan setelah mengetepikan pasangan tuan rumah, Shivam Sharma-Poorvisha S. Ram 21-10, 21-16.

Soon Huat-Shevon, pilihan keempat kejohanan telah menentang pasangan China yang juga pilihan keenam, He Jiting-Du Yue petang semalam.

Terbuka India merupakan kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 yang menyediakan hadiah keseluruhan bernilai AS$350,000 (RM1.36 juta).

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)