Suatu berita yang menggemparkan dunia teknologi di mana baru-baru ini syarikat pembuat cip terbesar dunia, Intel baru sahaja membeli syarikat Mobileye, sebuah syarikat yang memiliki teknologi kereta pandu sendiri (self-driving car). Syarikat Mobileye yang berpangkalan di Israel ini merupakan syarikat yang telah membekalkan teknologi ini kepada syarikat-syarikat besar automatif seperti BMW, Ford, Volvo dan Audi.

Menurut sumber yang dipercayai, pengambil alihan itu bernilai $15 bilion dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini. Intel yang merupakan pembuat cip komputer sebelum ini juga telah membeli syarikat pembuat cip, Altera untuk mengukuhkan kedudukannya.

Strategi Intel mengambil alih Mobileye adalah untuk mendapatkan teknologi yang dibangunkan Mobileye disamping meluaskan segmen pasaran mereka dalam dunia automotif. Pada masa kini, Mobileye menguasai 70% dalam teknologi pembantuan pemandu (modern driver assistance technology).




Hakcipta iluminasi.com (2017)