Bukan mudah untuk memohon status penduduk tetap sesebuah negara, terutama sekali negara Jepun. Namun, baru-baru ini, negara matahari terbit itu telah menganugerahkan taraf istimewa tersebut kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun bernama Shibuya Mirai. Namun, apa yang membuatkan Mirai istimewa bukanlah kejayaannya memperolehi sijil special permanent resident, sebaliknya identiti dirinya yang unik.

shibuya mirai jepun beri kerakyatan robot ai

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebenarnya, Shibuya Mirai hanyalah 'Kepintaran Buatan' (Artifial Intelligence) mirip pemikiran seorang kanak-kanak dan Mirai langsung tidak memiliki jasad fizikal. Walaupun tidak mempunyai fizikal kepala, jisim kaki, tangan ataupun badan, Mirai diprogramkan mirip kanak-kanak lelaki yang gemar berceloteh dan banyak bercakap. Sekiranya anda tinggal di Shibuya, Jepun, anda boleh berbalas mesej dengannya menerusi aplikasi LINE.

sijil special permanent resident shibuya mirai

Kepintaran buatan mirip ‘Kanak-kanak’ ini juga direka agar mempunyai hobi dan kebolehan seperti mengambil gambar, memerhati orang dan bersembang. Ia juga merupakan robot kepintaran buatan pertama di Jepun dan di dunia yang menerima pendaftaran dan sijil kerakyatan. Kalau di Malaysia, gambarannya seperti Mirai ini didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara lah.

Menurut sumber yang sama, Shibuya Mirai merupakan sebuah projek yang bertujuan membantu pentadbiran daerah Shibuya lebih dekat dan mengenali penduduk justeru memudahkan pegawai kerajaan untuk dengar permasalahan rakyat mereka.

Selain daripada robot Shibuya Mirai, daerah tersebut juga terkenal sebagai hub fashion dan kisah anjing yang setia, Hachiko.

Status kerakyatan yang diterima Mirai dikenali sebagai Special Permanent Resident. Secara amnya, status tersebut menyerupai status penduduk tetap yang asalnya hanya diberikan kepada penduduk asal dari negara bekas jajahan Jepun seperti Korea ataupun Taiwan. Setakat ini, hanya 500 000 penduduk Jepun yang bergelar penduduk tetap istimewa ini. 

Apa itu Artificial Intelligence?

Bagi yang baru hari ini dengar istilah ‘Artificial Intelligence’ atau Kepintaraan Buatan, janganlah merasa risau. AI bukanlah robot jahat seperti dalam filem The Terminator, sebaliknya ia merupakan kebolehan sesebuah program komputer ataupun mesin untuk berfikir dan belajar dengan sendirinya seperti manusia.

Contoh penggunaan AI yang mudah dan yang paling dekat dengan anda sekarang ialah Facebook. Laman sosial kegemaran anda tersebut menggunakan kepintaran buatan untuk mengenali rakan anda dalam gambar, menyusun news feed mengikut priority tertentu dan sebagainya.

images 525

Beberapa bulan yang lalu, Google Deepmind AI telah berjaya membuat penemuan yang menggemparkan dunia apabila AI terbukti mampu mengajar dirinya sendiri untuk berjalan. Walaupun cara ia berjalan sangat melucukan, tetapi kepintaran buatan tersebut mengajar dirinya tanpa sebarang pengajaran bahasa, pengaturcaraan dan tanpa mengetahui maksud perkataan bahasa yang digunakan manusia seharian.

Sumber:

  1. NewsStraitTimes
  2. Techmergence
  3. Immigration Bureau of Japan



Hakcipta iluminasi.com (2017)