Kredit foto: Sinar Harian

Persatuan Seniman Malaysia atau Seniman tidak menerima permohonan maaf yang dibuat oleh stesyen televisyen Singapura, Mediacorp Channel 5 mengenai isu mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi rancangan hiburan, 'OK Chope!'.

Zed Zaidi selaku presiden Seniman memberitahu keputusan itu dibuat ekoran terdapat beberapa ahli panel lain rancangan itu yang masih belum membuat permohonan maaf.

Kita tahu memang stesen TV itu dan Najip dah memohon maaf. Tapi ada ahli panel lain yang masih belum berbuat demikian  lagi.


Kita mahu semua ahli panel meminta maaf.

Menerusi episod itu, rancangan berkenaan menampilkan Vernetta Lopez selaku pengacara serta ahli panel lain iaitu Mike Kasem, Rishi Budhrani, Sam See dan Najip Ali.

Semua sedia maklum, kita bagi tempoh sehingga Jumaat (semalam), namun tiada tuntutan maaf daripada ahli panel yang lain. Mereka boleh berhubung dengan saya secara terus melalui telefon atau emel.

Kalau tiada inisiatif, kita anggap perkara ini tak selesai.

Justeru itu, pihak Seniman telah membuat sebuah laporan polis mengenai isu tersebut di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur baru-baru ini serta akan menghantar satu memorandum kepada Kerajaan Malaysia.

Kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan dalam membantu kerajaan dari sudut industri seni negara.


Kita juga mahu beri pengajaran buat artis luar jika mahu masuk negara Malaysia perlu ikut undang-undang dan jangan buat hal.

Sehubungan dengan itu, pihak Seniman turut menafikan dakwaan tindakan terbabit dilakukan atas kepentingan peribadi.

Kita tegaskan, ini bukan mencari publisiti murahan tapi ini berlaku dalam bidang seni itu sendiri.

Oleh itu, kita perlu bertanggungjawab melakukan sesuatu demi melihat industri seni ini dihormati.

Sumber: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)