Ini adalah salah satu soalan yang mana ia sepatutnya mempunyai jawapan yang mudah, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebenarnya, terdapat beberapa perdebatan mengenai warna mata paling jarang di dubia.

Hal ini sebahagiannya disebabkan oleh "jarang" itu sendiri boleh menjadi istilah relatif, kerana sesuatu warna mata itu mungkin sangat jarang di bahagian tertentu dunia namun sangat biasa di bahagian lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan walaupun bukti saintifik sangat sukar diperolehi, namun kita boleh konklusikan bahawa terdapat beberapa warna adalah paling jarang dimiliki di dunia.

Mata hijau

mata paling unik di dunia

Dan warna mata yang paling jarang dimiliki di seluruh dunia adalah warna hijau. Ia sering disebutkan bahawa hanya 2% daripada penduduk dunia memiliki mata berwarna hijau, walaupun sukar untuk menentukan dari mana angka itu berasal.

Jika angka itu tepat, 2% dari 7.6 bilion populasi dunia memberikan jumlah seramai 152 juta orang yang memiliki mata berwarna hijau. 

Jika anda tak dapat bayangkan berapa ramai 152 juta orang, bayangkan bahawa jumlah ini melebihi jumlah penduduk Rusia. Dan jika difikir sejenak, jumlah ini tidaklah sedikit yang membuatkan ia jarang.

Namun, ia bukan menunjukkan bahawa warna mata ini tidak istimewa, hanya bergantung kepada di mana ia berada.

Di kebanyakan bahagian di dunia, hampir semua orang memiliki rambut hitam dan mata coklat, menjadikan warna hijau sangat jarang ataupun seperti tak wujud langsung.

mata berwarna hazel

(Mata hazel)

Mata hijau kadang kala disalahertikan dengan mata hazel, yang mana mempunyai dua warna iaitu coklat dan hijau di dalamnya.

Untuk membezakannya, anda perlu berada di tempat dengan pencahayaan semula jadi (di luar pada siang hari), dan lihat mata anda berbanding seseorang yang anda tahu memiliki mata hijau, hazel, atau coklat.

Perbezaan ketara akan dapat dilihat di antara mata hijau dan hazel.

Dari mana asal mata hijau?

green eyes channing tatum

Mata hijau paling biasa ditemui di Eropah Utara dan Tengah walaupun ia juga boleh ditemui di Eropah Selatan serta Asia Barat.

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, rambut dan mata coklat dominan di kebanyakan rantau, walaupun terdapat beberapa negara di mana adalah menjadi perkara biasa untuk memiliki mata berwarna hijau berbanding mata coklat.

Sebagai contoh, di Ireland dan Scotland, 86% daripada penduduknya memiliki mata biru atau hijau, dan di Iceland, 89% wanita dan 87% lelaki mempunyai mata biru atau hijau.

Dalam kalangan orang Amerika Eropah, mata hijau adalah warna paling biasa di kalangan orang-orang Celtic atau keturunan Jerman. Mata hijau juga sangat cenderung untuk dimiliki oleh wanita.

Dan walaupun ia paling biasa ditemui di Eropah Utara dan Tengah, namun orang dari mana-mana bangsa pun boleh mempunyai mata hijau.

Mata ungu dan merah

elizabeth taylor

Ini mungkin mengecewakan bagi sesetengah orang, namun mata violet atau mata berwarna merah tidak berlaku secara semula jadi pada manusia.

Walaubagaimanapun, sesetengah mata boleh kelihatan berwarna ungu di bawah keadaan pencahayaan atau solekan tertentu.

Pelakon Elizabeth Taylor terkenal dengan matanya yang berwarna ungu, walaupun pada hakikatnya dia hanya mempunyai mata yang sangat biru yang boleh kelihatan seperti ungu bergantung kepada pencahayaan.

penghidap albino mata merah

Mereka yang menghidap albinisme, keadaan yang menyebabkan kekurangan atau rendahnya tahap pigmen dalam kulit, rambut, dan mata, kadang-kala kelihatan seperti memiliki mata berwarna ungu atau mata merah.

Mata amber

Mata berwarna amber (jingga kekuningan) juga antara yang sangat jarang ditemui, sekurang-kurangnya sama jarang dengan warna hijau atau mungkin lebih jarang.

Kebanyakan orang tidak pernah bertemu dengan orang yang memiliki mata berwarna amber sepanjang hidup mereka.

Mata amber boleh dijelaskan sebagai jingga kekuningan, emas, atau coklat kemerahan dan warna tembaga. Ia juga boleh mengandungi sedikit warna kelabu keemasan.

mata amber

Sesetengah sumber mengatakan bahawa ini mungkin disebabkan oleh peningkatan kehadiran pigmen yang dikenali sebagai lipochrome (juga dikenali sebagai pheomelanin).

Mata amber sering dirujuk sebagai mata serigala kerana warna emas dan kekuningan yang kuat dengan warna tembaga yang mirip dengan yang dilihat pada mata serigala.

Selain serigala, warna mata amber juga boleh ditemui pada haiwan lain seperti anjing, kucing domestik, burung hantu, helang, merpati dan ikan.

Mata hitam

mata hitam tak wujud

Bertentangan dengan kepercayaan popular, mata hitam sebenarnya tidak wujud. Sesetengah orang yang mempunyai banyak melanin di mata mereka mungkin kelihatan mempunyai mata hitam bergantung kepada keadaan pencahayaan.

Namun, ia tidak benar-benar hitam tetapi lebih kepada coklat yang sangat gelap.

Sains disebalik warna mata

Warna mata lebih rumit daripada kelihatannya, kerana ia ditentukan oleh pelbagai faktor dan boleh bergantung pada tahap tertentu dalam keadaan, terutamanya pencahayaan.

Warna mata ditentukan oleh:

  1. Jumlah dan jenis melanin di bahagian mata yang berwarna (iris)
  2. Ketumpatan dan komposisi stroma, tisu nipis dalam iris 
  3. Keadaan pencahayaan (terutama untuk orang yang mempunyai mata berwarna terang)

Kaitan warna mata dan genetik

Genetik menentukan berapa banyak pigmen yang terdapat dalam iris mata anda.

Sehingga 16 gen berbeza memainkan peranan dalam menentukan warna mata walaupun terdapat dua gen utama yang mempunyai pengaruh yang paling kuat.

Bagaimana melanin mempengaruhi warna mata

bagaimana melanin mengubah warna mata

Melanin adalah pigmen yang paling biasa dan ia terdapat pada mata, rambut, dan kulit. Terdapat beberapa jenis melanin, termasuk pheomelanin (yang kelihatan lebih merah dan kuning) dan eumelanin (yang cenderung kelihatan coklat dan hitam).

Anda mungkin perasan bahawa tiada pigmen biru atau hijau yang disebutkan, bermakna tak ada pigmen hijau atau biru pada mata.

Hanya terdapat satu jenis pigmen sahaja iaitu melanin dan ia bergantung kepada sumber yang lain. Jadi, bagaimanakah pigmen yang hanya menghasilkan warna coklat mampu membuatkan mata kelihatan biru atau hijau?

Jawapannya adalah separuh daripada warna mata bergantung kepada apa yang ada di dalam mata, dan separuh lagi bergantung kepada pencahayaan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)