ini sifat rody kristal buat penjaga gol terima lamaran

Kredit foto: Instagram Nur Izwani & Instagram Rody Kristal

Penjaga gol futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman akui kekasihnya, Rody (Kristal) cukup istimewa kerana berlainan daripada lelaki lain yang dikenali.

Dedah Izwani atau nama panggilannya Deqno, gitaris itu bukanlah seorang lelaki yang hanya tahu bercakap, sebaliknya berani mengambil tindakan melamarnya secara serius.

Dialah lelaki pertama yang benar-benar berani 'melamar' saya untuk lebih serius. Sebelum ini ramai yang hanya pandai cakap. Dia juga bukan lelaki yang jenis sweet talker atau suka mengayat.
Sumber: Mstar

Terdahulu, Rody mengambil tindakan berani melamar wanita berusia 30 tahun itu melalui laman Instagram.

Dalam kapsyen lamarannya, Rody meminta Deqno mengulang siar (repost) kiriman tersebut sebagai tanda persetujuan.

Deqno berbesar hati menerima lamaran gitaris berusia 31 tahun itu dengan menurut apa yang dipinta.

Dalam pada itu, Deqno berkata, keselesaan dia menjalinkan hubungan dengan Rody juga dipengaruhi oleh sifat memahami antara mereka meskipun berada dalam latar karier yang berbeza.

Rody pula sering hadir menemaninya ketika bertanding dalam perlawanan futsal.

Bagaimanapun, Deqno memberitahu rancangan Rody yang ingin menghantar rombongan meminang dalam masa terdekat ini di luar pengetahuannya.

Saya tidak tahu mengenai perkara itu. Mungkin ingin membuat kejutan. Bagaimanapun sekiranya betul, saya sedia menerimanya. Buat masa sekarang, saya dan dia dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Dan keluarga saya tahu kami berkawan rapat.
Sumber: Mstar

tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)