kenapa pedang jepun tersangat mahal

Pembuatan pedang Jepun yang lebih dikenali sebagai katana, adalah tradisi yang telah wujud berabad-abad lamanya dan masih dilakukan hingga ke hari ini.

Setiap penghasilan pedang memerlukan dedikasi, kemahiran dan boleh mengambil masa lebih dari 18 bulan untuk disiapkan. Hasilnya, sebilah pedang jepun boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Bagi sebilah pedang, harga ini seolah-olah tidak masuk akal kerana fungsinya yang sangat terhad. Jadi, apakah yang membuatkan pedang Jepun tersangat mahal? 

Barangan diperbuat daripada besi wujud di seluruh dunia seperti juga budaya pisau dan pedang. Walaubagaimanapun, budaya mengasah pisau berjenama dan menghargai besi ini sangat unik di Jepun. 

kenapa pedang jepun tersangat mahal 1

(Master Akihira, pembuat pedang samurai Jepun)

Master Akihira, salah seorang pembuat pedang Jepun telah berkecimpung dalam bidang ini selama 21 tahun.

Beliau diilhamkan oleh pedang yang dihasilkan pembuat pedang legenda abad ke-13, iaitu Masamune.

Dan selepas menjadi pelatih selama lima tahun dan bertahun-tahun membuat pedang, Akihira menjadi salah seorang daripada 180 pembuat pedang yang berkhidmat di seluruh Jepun.

Sejak dahulu lagi, pedang Jepun adalah lebih daripada sekadar senjata. Ia adalah sebuah karya seni, simbol status, dan memegang kepentingan rohani yang besar sepanjang sejarah.

Di Jepun, dipercayai bahawa pedang-pedang yang digilap dengan indah dan cantik mempunyai kuasa untuk menghapuskan kejahatan.

Itulah sebabnya ia sangat dihargai dan digunakan sebagai perlindungan dari entiti jahat.

kenapa pedang jepun tersangat mahal 3

Tidak dapat dinafikan bahawa pada zaman kini, pembuat pedang menghasilkan katana sebagai satu seni namun ia masih dihasilkan dengan tajam.

Tersangat tajam sehinggakan samurai boleh bergantung nyawa mereka dengan pedang ini dalam situasi yang berbahaya.

Dan sebab mengapa pembuat pedang moden menghasilkan pedang Jepun ini adalah terdapat mereka yang menikmati mengumpul pedang-pedang, sama seperti orang-orang yang gemar melihat lukisan.

Kadang-kala, mereka menghasilkan katana untuk mereka ini dan ada kalanya pedang ini dihasilkan sebagai tangkal bagi orang yang baru menimang cahaya mata serta ibu bapa kepada anak perempuan yang bakal berkahwin.

proses pembuatan pedang katana jepun

(Proses pembuatan pedang Jepun)

Ketika kepingan keluli dilipat di atas satu sama lain berkali-kali, corak-corak seperti kayu-butir membentuk, dan corak-corak ini ditambah dengan kemahiran pembuat pedang menghasilkan katana yang tersangat unik.

Dalam penghasilan katana, mengetahui apa yang perlu dicari dalam setiap pedang adalah penting.

Ciri-ciri seperti sudut dan panjang pedang, atau cara logam dilipat, boleh mendedahkan sesuatu pedang itu dibuat pada zaman bila, malah siapa pembuatnya.

Jika ia merupakan pedang moden, mereka boleh mengetahui jenis era mana yang pembuat pedang cuba untuk hasilkan.

kenapa pedang jepun tersangat mahal 5

Hujung pedang adalah di mana semua garis lurus dan melengkung tertumpu, menjadikannya tempat untuk pembuat dan penggilap pedang untuk menunjukkan kemahiran mereka.

Melihatkan kepada kemahiran yang diperlukan dan juga tempoh masa yang diambil untuk menghasilkan setiap bilah pedang Jepun, maka tak hairanlah mengapa pedang-pedang ini boleh mencecah harga yang sangat tinggi.

Dan apabila semakin kurangnya pembuat pedang yang pakar di seluruh Jepun, kerja-kerja seni ini hanya akan menjadi semakin berharga, sekaligus menjadikannya lebih mahal suatu hari nanti.

Rujukan:

1. Japan Accents

2. Business Insider

3. Masamune



Hakcipta iluminasi.com (2017)