fakta tentang lemak badan yang ramai tak tahu

Lemak selalu mendapat reputasi buruk di mana-mana sahaja di mana ia sering menjadi kritikan dan cubaan pengurangan lemak badan dilihat menjadi satu yang obsesif.

Tetapi lemak, yang secara rasminya dikenali sebagai tisu adipos, adalah bahagian penting dalam proses hormon dan metabolik anda.

Tisu adipos adalah tempat penyimpanan tenaga utama dan mempunyai peranan penting dalam pengawalan metabolisme serta pengeluaran insulin dalam tubuh anda.

Ia juga berfungsi untuk memanaskan badan kita. Memiliki terlalu banyak lemak boleh mencetuskan perkara yang buruk, tetapi terlalu sedikit juga boleh menimbulkan masalah.

iluminasi.com kongsikan 8 fakta penting tentang lemak badan yang ramai tak tahu.

1. Lemak adalah organ

fakta tentang lemak yang ramai tak tahu

Lemak pada badan anda bukan hanya satu lapisan yang lembut, ia sebenarnya merupakan organ dalam sistem endokrin.

Lemak merembeskan banyak hormon, sambil mengaktifkan atau menyahaktifkan lebih banyak lagi hormon lain.

Ia terdiri daripada adipocytes dan jenis sel lemak yang dipanggil pecahan stroma-vaskular, yang terdiri daripada faktor pertumbuhan (utusan yang digunakan oleh tubuh untuk memberi isyarat kepada sel-sel), dan juga sel-sel stem, sel darah, dan pelbagai jenis sel lain.

2. Memainkan peranan penting dalam metabolisma badan

lemak kawal metabolisma

Menurut satu kajian Arkib Sains Perubatan, tisu adipose adalah "organ metabolik yang dinamik," yang tugas utamanya ialah menyimpan tenaga yang berlebihan.

Ia juga mensintesiskan "sejumlah sebatian aktif biologi yang mengawal homeostasis metabolik."

Dengan kata lain, ia mengawal imbangan tenaga badan anda dengan mengawal isyarat selera makan dari sistem saraf pusat dan aktiviti metabolik dalam tisu periferi.

Memakan terlalu banyak lemak boleh menyebabkan tindak balas keradangan dan gangguan metabolik yang boleh menyebabkan penyakit yang mana paling jelas adalah obesiti.

3. Lemak putih memberikan tenaga

lemak vs otot

Tisu adipos putih menyimpan rizab tenaga badan dan sel-sel endokrin yang disebut di atas, yang berfungsi merembeskan hormon serta molekul penting.

Terdapat juga "depot adipos" di mana tisu adipos putih cenderung untuk terkumpul dengan lebih mudah, yang terletak di sekitar organ seperti jantung, paru-paru, dan buah pinggang.

4. Lemak coklat memanaskan badan 

lokasi lemak coklat

Menurut sebuah kajian di Frontiers in Endocrinology, tisu adipos coklat biasanya ditemui pada bayi manusia yang baru lahir dan mamalia yang berhibernasi.

Fungsi utamanya adalah untuk menjana haba pemanasan bagi memanaskan badan. Dan untuk melakukannya, ia mengandungi lebih banyak mitokondria dan kapilari berbanding tisu adipos putih.

Para penyelidik tidak pasti sama ada lemak coklat ini wujud dalam tubuh orang dewasa, namun kajian baru-baru ini membuktikan ia wujud.

Terdapat banyak perkara menarik yang menyelubungi penemuan ini.

Lemak coklat dapat membantu mengawal penggunaan tenaga. Ini penting kerana ubat-ubatan yang mensasarkan lemak jenis ini boleh memberikan cara baru untuk mengubati masalah obesiti.

5. Terlalu banyak atau sedikit lemak tingkatkan risiko kencing manis

andreas munzer tiada lemak

Jika anda kurus, pasti anda rasa anda tak akan menghidap penyakit kencing manis kan?

Walaupun diketahui dengan meluas bahawa obesiti (seseorang yang memiliki berat badan melebihi paras sihat) boleh membuatkan seseorang cenderung terhadap diabetes jenis 2, tetapi memiliki terlalu sedikit lemak juga boleh memberikan kesan yang sama.

Diabetes jenis 2 adalah sekumpulan penyakit di mana badan mempunyai keupayaan terjejas untuk menghasilkan atau bertindak balas terhadap insulin hormon.

Dan ternyata memilik terlalu sedikit lemak boleh menyebabkan ketidakseimbangan trigliserida dan kadar asid lemak bebas, yang menyebabkan berlakunya rintangan insulin.

6. Lemak berlebihan adalah persekitaran sempurna untuk kanser

makanan penuh lemak

Tisu adipose juga merembeskan "hormon yang membuatkan sel-sel kanser berkembang lebih cepat. Malah, apabila tisu adipos mengembang, ia juga membolehkan lebih banyak sel-sel imun memasuki tisu tersebut.

Menurut satu kajian di Frontiers in Physiology, sel-sel imun B dan T ini merembeskan molekul pro-radang seperti adipokin [PDF] (peptida yang meingisyaratkan organ-organ lain) dan sitokin, yang mewujudkan persekitaran mikro yang sempurna untuk pertumbuhan tumor.

7. Lemak anda boleh dipindahkan

pemindahan lemak pada badan

Tahukah anda bahawa pemindahan lemak adalah dibenarkan, jadi secara teknikalnya anda boleh memindahkan melalui pembedahan dari satu bahagian badan ke bahagian lain tanpa berlaku kemudaratan, untuk tujuan kecantikan.

Pemindahan lemak ini boleh menambahkan lemak pada bahagian badan yang sebelumnya rata.

Namun, ia bukan sahaja boleh menyebabkan kesan sampingan pembedahan seperti bengkak, lebam, dan pemulihan selama beberapa minggu, tetapi juga boleh beberapa minggu masa pemulihan, anda boleh tumbuh ketulan.

8. Berdiet 

berdiet tidak mengurangkan sel lemak

Diet kurang lemak dan gula adalah yang paling biasa dilakukan oleh seseorang yang ingin mengurangkan lemak badan. Namun, dengan berdiet, jumlah sel-sel lemak yang anda miliki tidak akan berkurangan.

Jumlah sel lemak dalam badan kita boleh bertambah, tetapi apabila struktur selular telah berkembang, ia tidak akan pernah hilang. 

Dengan berdiet, struktur selular ini hanya akan menjadi kecil. Setiap daripada kita memiliki di antara 10 bilion hingga 30 bilion sel lemak dalam badan kita.

Golongan yang mempunyai masalah obesiti boleh memiliki sehingga 100 bilion sel lemak.

Rujukan:

1. Mental Floss

2. Thought

3. Eufic



Hakcipta iluminasi.com (2017)