Ramai wanita suka memakai kasut tumit tinggi tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang bahayanya kasut ini. Ada juga yang memakai kerana kasut tumit tinggi merupakan kod pakaian di tempat kerja seperti mereka yang bekerja sebagai pramugari dan peguam. Tetapi sebenarnya kasut tumit tinggi mempunyai keburukkannya tersendiri.
Kenapa Wanita Memakai Kasut Tumit Tinggi
BESARKAN TEKS A- A+
Menurut kajian dan teruramah yang dilakukan oleh The List, ada beberapa sebab mengapa golongan wanita memilih untuk memakai kasut tumit tinggi. Pemakaian kasut jenis ini membuatkan cara mereka berjalanan lebih menarik. Ini telah dibuktikan berdasarkan eksperimen yang dilakukan oleh Dr Morris dan rakan-rakannya
Ternyata pergerakan wanita nampak lebih lembut dan menarik apabila mereka memakai kasut tumit tinggi. Selain itu, mereka juga kelihatan lebih feminin dengan memakai kasut ini. Kajian juga telah dilakukan oleh kumpulan yang sama apabila mereka menyuruh sebilangan wanita untuk memakai kasut tumit rata dan sebilangan lagi memakai kasut tumit tinggi.
Ujian ini dilakukan di bilik gelap di mana pemerhati tidak boleh melihat rupa mereka yang memakai kasut itu cuma dapat melihat pergerakan. Dr Morris menyuruh pemerhati meneka yang mana satu lelaki dan yang mana perempuan kerana pemerhati tidak tahu bahawa kesemua yang memakai kasut berjantina perempuan.
Keputusan menunjukkan bahawa mereka yang memakai kasut rata banyak diteka sebagai lelaki dan mereka yang memakai kasut tumit tinggi banyak diteka sebagai perempuan. Ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana kasut tumit tinggi sudah lama dikaitkan dengan sifat keperempuanan
Membahayakan Tulang Belakang Dan Kaki Sehingga Lumpuh
Pesanan Zara Zya Kepada Mereka Yang Suka Memakai Tumit Tinggi
Menurut kajian, hanya 28% wanita yang tidak memakai kasut tumit tinggi dan 72% memakai pada waktu-waktu tertentu. Peratusan mereka yang memakai kasut tinggi setiap hari juga berkurangan daripada 60% (1986) kepada 39% (2003). Ramai yang semakin tentang faktor kesihatan mereka setelah mengetahui bahayanya memakai kasut tumit tinggi.
Kasut tumit tinggi akan meningkatkan tekanan ke atas tumit anda dan memakai kasut ini setiap hari akan merosakkan bahagian tapak kaki anda. Tapak kaki anda tidak berada dalam keadaan yang rata menyebabkan otot dan tulang di bahagian kaki akan terjejas kerana terlalu lama ia terbengkok.
Tulang belakang anda juga akan terjejas kerana kasut tumit tinggi menyebabkan postur badan berubah menjadi sedikit bengkok ke hadapan. Apabila badan anda terlalu lama berada dalam keadaan bengkok, ini menyebabkan tulang belakang turut sama membengkok. Tulang belakang merupakan tulang utama dalam badan dan jika anda tidak menjaganya, anda berkemungkinan akan lumpuh.
Terdapat satu kisah berkait dengan masalah ini yang berlaku kepada seorang pramugari bernama Gemma Flanagan. Dia selalu berasa sakit di kakinya kerana gemar memakai kasut tumit tinggi berketinggian 6 inci namun dia tidak mengendahkannya. Beberapa hari kemudian, dia terjatuh semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dan dimasukkan ke tempat hospital.
3 hari kemudian dia disahkan menghidap penyakit Guillain-Barre, iaitu satu penyakit di mana sistem saraf diserang oleh sel badan. Jika berterusan, ia akan menyebabkan lumpuh dan jika lebih teruk boleh menyebabkan kematian. Keadaan menjadi lebih buruk buat Gemma apabila dia tidak lagi boleh bercakap atau makan seperti biasa.
Pekerja Wanita Mengadu Tentang Etika Pemakaian Kasut Tumit Tinggi
Terdapat banyak syarikat di luar negara yang mewajibkan pekerja wanita untuk memakai kasut tumit tinggi semasa bekerja. Antara negara tersebut seperti UK, Amerika Syarikat dan sebagainya. Ramai pekerja mengadu tentang kod etika pemakaian ini kerana otot kaki mereka berasa sakit semasa bekerja namun banyak syarikat yang tidak mengendahkan tentang isu ini.
Di United Kingdom, seorang wanita tidak dibayar gajinya kerana dia tidak mengikut etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh firma tempat dia bekerja. Dia telah mengadakan petisyen atas talian untuk "melarang syarikat daripada mewajibkan pekerja memakai kasut tumit tinggi di tempat kerja". Syarikatnya terus menukar polisi mereka setelah petisyen mendapat 130,000 tandatangan.
Perkara ini telah dibawa ke Parlimen UK dan isu ini diperdebatkan namun kerajaan UK telah menolak idea ini dan undang-undang lama masih digunakan. Berbeza pula dengan Filipina, kerajaan mereka telah melarang syarikat untuk memaksa wanita memakai kasut tumit tinggi lebih daripada 2.54 senti meter.
Kerajaan Filipina berpendapat ia merupakan satu penindasan jika syarikat terus memaksa wanita untuk memakai kasut tumit tinggi kecuali jika memakai kasut tumit tinggi itu merupakan pilihan pekerja wanita sendiri. Perkembangan dari semasa ke semasa menunjukkan golongan wanita yang memakai kasut tumit tinggi semakin berkurang.
sumber: