kenapa dunkin donuts tidak berjaya di india

Di hampir semua tempat, Dunkin' sangat sinonim dengan sarapan pagi. Terdapat lebih daripada 12,600 buah restoran di 46 buah negara, dari Kuwait hinggalah ke Aruba.

Namun, terdapat satu negara yang mana Dunkin' gagal untuk menarik perhatian, iaitu India.

Sehingga tahun 2018, ia telah menutup hampir separuh daripada cawangannya dalam 2 tahun dengan alasan kurang menguntungkan dan operasi yang tidak cekap.

Jadi, apa yang tak kena dengan Dunkin di India? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu berbalik pada masa mereka membuka cawangan pertama di India iaitu pada tahun 2012.

Dunkin memberikan hak perlesenan eksklusif kepada Jubilant FoodWorks, francais sama yang membawa masuk salah satu jenama restoran terbesar di India iaitu Domino's Pizza.

Dunkin' memasuki negara ini dengan strategi sarapan pagi biasa mereka dan ia mendapat sambutan hangat bermula dari awal pagi. Namun, tak lama kemudian, mereka menyedari bahawa rakyat India tidak begitu berminat dengan rutin pagi Amerika.

kegagalan dunkin donuts di india

Kebanyakan pengguna di India agak berbeza di mana mereka tidak suka untuk membeli sarapan pagi secara bungkus, tetapi lebih gemar makan sambil duduk di kedai makan. Ini membuatkan mereka lebih memilih kedai-kedai tempatan untuk sarapan pagi.

Dan isu yang timbul bukan hanya dari segi waktu tetapi juga dari segi menu Dunkin sendiri.

Dunkin sebenarnya cuba untuk menghasilkan produk mereka mengikut citarasa tempatan, seperti donat mempelam, coladas laici dan bagi jenama yang sangat jarang keluar dari landasan mereka, Dunkin menawarkan sandwic pedas.

Dalam usaha menjadikan menu mereka disukai orang tempatan, Dunkin mengurangkan kepentingan minuman perniagaan mereka yang menyumbang kepada 60% daripada jualan Dunkin.

Sebaliknya, Dunkin memasarkan makanan mereka kepada sebuah negara yang tidak begitu gemarkan kopi. Namun, ini tidak cukup untuk membantu Dunkin menaikkan reputasi donat mereka.

kenapa dunkin donuts gagal di india 2

Mereka lebih dilihatkan sebagai kedai pastri dan rakyat India tidak mahu memulakan hari mereka dengan makanan bakar yang manis.

Jadi, Dunkin beralih arah di mana mereka memanjangkan tempoh operasi dan menghasilkan donat Diwali dengan perasa pedas seperti kacang kuda, safron dan cili.

Namun tujuan mereka melakukan perkara ini adalah untuk mengurangkan kepentingan donat dan mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, iaitu burger.

Dengan burger, Dunkin berjaya menambahkan pelanggan dan menu burger tanpa daging direka khas untuk menarik pelanggan vegetarian. Akan tetapi, dengan menjadikan burger sebagai produk utama jenama ini, ia hanya melunturkan imej Dunkin daripada membantu.

Mereka memberikan lebih perhatian kepada pemasaran burger berbanding donat yang mana bertentangan dengan asas pemasaran iaitu fokus.

Satu lagi halangan kepada syarikat ini bukanlah disebabkan menu, tetapi kerana Dunkin berkembang dengan terlalu pantas dan lokasinya terlalu besar. 

kenapa dunkin donuts gagal di india 5 891

Ruang kedai yang terlalu besar bermakna mereka terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk operasi.

Jadi apabila Jubilant FoodWorks mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah kedai mereka pada tahun 2018, adalah mengejutkan untuk mengetahui pelan baru mereka adalah untuk memberikan perhatian kepada kedai-kedai kecil dan kios.

Kesan ini bukan sahaja dirasakan oleh Dunkin tetapi juga oleh Krispy Kreme di mana berlakunya kejatuhan jualan untuk donat bagi tempoh yang agak lama.

Selain itu, kejatuhan yang mendadak dalam populariti donat ini sebahagiannya berkaitan dengan rakyat India yang lebih sedar tentang kesihatan.

Jadi, rakyat India cuba untuk menjauhi makanan bergula dan bergaram, serta mencari pilihan sihat yang lain. India menjadi pasaran yang sangat sihat, kan?

Jadi orang bergerak dari gula dan makanan laut dan mencari lebih banyak pilihan yang lebih sihat. Jadi itulah salah satu sebab mengapa saya merasakan bahawa penjualan mempunyai jenis stagnasi.

kenapa dunkin donuts gagal di india 4

Walaupun rakyat India mencari pilihan makanan sihat, sesetengah rangkaian pencuci mulut di negara ini tidak begitu terkesan seperti Dunkin. Malah, Baskin Robbin sangat mendapat sambutan di India.

Baskin Robbin mempunyai lebih daripada 725 buah cawangan di India dan dikatakan sebagai rangkaian ais krim paling besar di negara itu.

Jadi jika Baskin Robbin dan Dunkin kedua-duanya rangkaian pencuci mulut, mengapa hanya Dunkin sahaja yang terkesan?

Menurut Euromonitor, ini disebabkan oleh Baskin Robbin memberikan perhatian kepada produk signature mereka iaitu ais krim dan laporan Mintel memberitahu bahawa industri ais krim sangat popular di India.

Mintel menganggarkan bahawa pada tahun 2021, 657.2 juta liter ais krim akan dibeli di India. Bagi donat pula, ia bukanlah pilihan bagi rakyat India dewasa.

kenapa dunkin donuts gagal di india 3 165

Jadi, masalah besar Dunkin di India kelihatan seperti mereka gagal untuk memberikan apa yang dimahukan pengguna India dan bukannya kesalahan yang dilakukan sama ada oleh jenama Dunkin atau Jubilant FoodWorks.

Seperti di China, Dunkin telah mencuba dan gagal sebanyak dua kali.

Dan pada tahun 2015, mereka memutuskan untuk mencuba sekali lagi dengan pemahaman yang lebih tentang apa yang dimahukan pengguna China dan cita-cita tinggi untuk membuka 1,400 buah restoran.

Jadi, adakah Dunkin akan mengambil langkah yang sama di India atau adakah mereka dapat mengubah apa yang sedang berlaku? Para pakar mengatakan bahawa ianya berbaloi untuk dicuba.

Dengan populasi negara itu yang ke-2 teramai di dunia, India dianggap sebagai medan perang terakhir yang hebat untuk pesaing makanan segera antarabangsa.

Rujukan:

1. Projectguru

2. CNBC

3. Medium



Hakcipta iluminasi.com (2017)