Kebanyakan daripada kalangan kita menjalani kehidupan seharian seperti autopilot. Kita bangun pagi, gosok gigi, solat, sarapan pagi, pergi kerja, balik kerja, makan malam, tonton TV, tidur dan ulang.

Kehidupan sebenar adalah "hidup" di setiap ketika, tak kisahlah sama ada ia pahit atau manis. Berhadapan dengan masalah, meluangkan masa bersama orang tersayang, terokai dunia dan penuhi matlamat baru. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun hanya sedikit daripada kita mengambil jalan ini kerana ia dilihat sebagai sesuatu yang sukar kerana di luar norma, sehinggalah mereka disahkan menghidap penyakit maut. Tak ada siapa tahun bila kita akan tinggalkan dunia ini, sebab itu sangat penting untuk kita jalani hidup dengan lebih bermakna.

iluminasi.com ingin kongsikan kepada pembaca semua mengenai kes seorang lelaki berusia 24 tahun yang didiagnos dengan kanser. Beliau kemudiannya telah berkongsi apa yang beliau rasakan di saat menunggu kematian pada laman Reddit. Kisah ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun masih memiliki sejuta kebaikan untuk diambil iktibar oleh pembaca semua.

nasihat pesakit kanser berusia 24 tahun kepada kita 493

Saya baru saja berusia 24 tahun namun saya telah memilih tali leher yang terakhir saya di dunia. Itulah yang saya akan pakai pada hari pengebumian saya beberapa bulan dari sekarang. Ia mungkin tak sesuai dengan pakaian saya tetapi tetapi sesuai untuk majlis itu.

Barah yang saya alami didiagnos terlalu lewat untuk memberikan saya harapan untuk hidup lebih lama. Tetapi saya sedar bahawa perkara paling penting mengenai kematian adalah memastikan saya meninggalkan dunia ini dengan lebih baik daripada sebelum saya wujud, iaitu dengan memberikan sumbangan kepada dunia.

Cara hidup saya setakat ini, kewujudan saya, atau lebih tepat kehilangan hidup saya tak akan lagi memberikan apa-apa makna kerana saya hidup tanpa berbakti. Dan apabila saya menyedari masa yang tinggal untuk saya semakin suntuk, semua perkara yang sangat penting dalam kehidupan menjadi semakin jelas.

nasihat pesakit kanser berusia 24 tahun kepada kita 2

Jadi, saya menulis untuk anda atas sebab pentingkan diri iaitu memberikan makna kepada hidup saya dengan berkongsi apa yang saya rasa dan sedar ketika menunggu kematian:

1. Jangan buang masa anda dengan kerja yang anda tak gembira dan benci. Sangat jelas bahawa anda tak akan berjaya dalam sesuatu yang anda tak suka. Kesabaran, semangat dan dedikasi hadir dengan mudah hanya jika anda melakukan apa yang anda suka.

2. Jika anda takutkan pendapat orang lain, anda bodoh. Ketakutan hanya akan melemah dan melumpuhkan anda. Jika anda biarkan ia berterusan, ia hanya akan menjadi semakin teruk dan teruk setiap hari sehinggalah anda tidak mempunyai apa-apa dalam diri anda, kecuali jasad.

Dengar kata hati anda dan buat apa yang anda rasa. Mungkin ada yang akan kata anda gila, tapi ada yang akan kata anda hebat.

pesakit kanser main game di hospital 446

3. Pastikan anda yang mengawal hidup anda sendiri. Bertanggungjawablah terhadap apa sahaja yang berlaku dalam hidup anda. Hadkan tabiat buruk dan cuba untuk hidup dengan lebih sihat. Cari sukan yang membuatkan anda gembira. Dan yang paling penting, jangan berlengah-lengah.

Pastikan hidup anda dibentuk oleh keputusan anda sendiri dan bukannya orang lain.

4. Hargai orang disekeliling anda. Rakan-rakan, ahli keluarga dan orang tersayang akan sentiasa menjadi sumber kekuatan dan kasih sayang yang paling hebat. Kerana itu anda tak boleh ambil mudah dan tak hargai mereka.

Sangat sukar untuk saya meluahkan perasaan saya dengan sebenar-benarnya  akan kepentingan terhadap kesedaran-kesedaran ini. Anda pasti tak akan dapat merasa apa yang saya rasa. Tapi saya sangat berharap anda akan mendengar nasihat daripada seorang yang tahu akan betapa berharganya masa.

nasihat pesakit kanser berusia 24 tahun kepada kita 812

Saya tak marah kerana saya faham hari-hari terakhir saya adalah bermakna. Tapi saya hanya menyesal saya tak mampu untuk melihat perkara menarik yang akan berlaku pada masa hadapan. 

Kita terlalu pentingkan kesihatan dan integriti tubuh badan kita sehingga kita mati, tetapi kita tak sedar badan kita hanyalah jasad yang mempunyai personaliti, perasaan, kepercayaan dan hasrat terhadap dunia.  

Tinggalkan kesan kepada dunia. Hiduplah dengan gembira dan bermakna, tak kisahlah apa pun definisi "gembira" bagi anda. Kejarlah hidup anda. Tempat yang kita akan tinggalkan ini adalah taman permainan yang cantik di mana semuanya tak mustahil. Saya percaya kita semua ada potensi, tetapi ia juga memerlukan keberanian untuk merealisasikannya.

Anda boleh menjalani kehidupan yang tercipta mengikut keadaan, hilang hari demi hari, jam demi jam. Atau anda boleh berjuang apa yang anda percaya dan jalani hidup yang anda inginkan. Saya harap anda akan membuat keputusan yang betul.

Rujukan: Reddit




Hakcipta iluminasi.com (2017)