Oleh pada 10 Aug 2017 kategori

Cuaca panas boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan setiap manusia. Suhu paling panas yang pernah di catatkan di Malaysia adalah 40.1 darjah celcius di Chuping, Perlis.

Dalam kita rasakan negara kita bercuaca panas, namun ada lagi tempat yang mencatatkan rekod suhu tertinggi berbanding di Chuping. Berikut adalah 10 tempat paling panas di muka bumi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Death Valley, California, Amerika Syarikat

death valley america

Sehingga sekarang Death Valley memegang rekod untuk suhu terpanas di dunia yang pernah direkodkan dalam sejarah. Lembah padang pasir yang luas ini telah mencapai suhu 56.7 darjah celcius pada musim panas tahun 1913 yang tentunya akan menjejaskan kehidupan manusia di situ.

Suhu purata pada masa kini mencapai 47 darjah celcius pada musim panas dan ia merupakan kawasan paling kering di Amerika Syarikat.

2. Aziziyah, Libya

aziziyah lybia

Aziziyah yang terletak 25 kilometer di selatan Tripoli pernah mendapat gelaran tempat paling panas di bumi. Kejadian itu berlaku pada tahun 1922 di mana suhu yang dicatatkan sebagai 58 darjah celcius.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2012 gelaran suhu terpanas telah ditarik balik apabila para ahli meteorologi menyatakan bahawa rekod itu tidak sah kerana terdapat beberapa percanggahan data termasuk juga orang yang mencatatkan suhu tersebut langsung tidak berpengalaman.

Sehingga sekarang bandar ini masih kerap mengalami suhu melebihi 48 darjah celcius dalam pertengahan musim panas.

3. Dallol, Ethiopia

dallol ethiopia

Kawasan hidrotermal yang mempunyai lembah garam, air panas berasid dan gas geyser ini mempunyai suhu purata harian maksimum 41 darjah celius yang dicatat pada tahun 1960 hingga 1966. Angka-angka suhu yang semakin meningkat itu bererti ia mempunyai purata suhu yang tertinggi di mana-mana tempat yang didiami di muka bumi ini.

4. Wadi Halfa, Sudan

wadi halfa sudan

Sepanjang tahun hujan tidak kelihatan di Wadi Halfa iaitu bandar panas yang terletak di pinggir Tasik Nubia di Sudan. Jun adalah bulan yang paling panas dengan purata suhu tertinggi iaitu sebanyak 41 darjah celcius. Suhu paling panas yang pernah direkodkan ialah pada kadar 53 darjah celcius pada bulan April tahun 1967.

5. Dasht-e Lut, Iran

dasht e lut iran

Dataran padang pasir ini mempunyai suhu tanah terpanas di muka bumi. Pengukuran satelit yang diambil antara tahun 2003 dan 2009 mendapati bahawa kejutan suhu maksimum sebanyak 70.7 darjah. Tidak perlu dikatakan apa-apa mengenainya kerana rantau ini tidak berpenghuni.

6. Tirat Zvi

tirat zvi

Tirat Zvi bandar haram yang mencatat rekod suhu terpanas di Asia pada bulan Jun 1942 iaitu dengan bacaan suhu sebanyak 54 darjah celcius. Rekod itu telah dipersoalkan oleh Christopher C Burt iaitu salah seorang penyiasat ke atas rekod dunia Aziziyah yang tidak disahkan sekarang.

Dia mendakwa bahawa bacaan termometer itu tidak dibaca dengan tepat dan seharusnya ia dibaca pada suhu 53 darjah celcius. Pada tahun yang sama juga suhu ia mencecah paras tertinggi pada tahap 37 darjah celcius sahaja.

7. Timbuktu, Mali

timbuktu mali

kredit gambar : DW

Bandar ini terletak di pinggir selatan Sahara walaupun pada musim sejuk ia tetap mencatat suhu yang panas sehingga mencapai paras purata purata 30 darjah pada bulan Januari. Suhu terpanas yang pernah direkodkan adalah di Timbuktu ini adalah 49 darjah celcius.

8. Kebili, Tunisia

kebili tunisia

kredit : Tunisiemeriques

Pekan gurun ini terkenal dengan buah kurma yang berkualiti. Ia amat jelas merekodkan suhu purata sekitar 40 darjah celcius ke atas pada musim panas. Suhu tertinggi yang pernah direkodkan adalah sebanyak 55 darjah celcius.

9. Ghadames, Libya

ghadames libya

Ghadames adalah suatu oasis iaitu kawasan lapang di tengah-tengah padang pasir yang kini telah diisytiharkan sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia Unesco disebabkan terdapat pondok atau rumah yang mempunyai simbol ikonik kerana ia diperbuat daripada lumpur. Walaupun dibuat dengan menggunakan lumpur tetapi ia telah membantu melindungi 7,000 penduduk dari cuaca panas yang terik. Dikenali juga sebagai "mutiara padang pasir", ia mencapai purata tertinggi 40 darjah celcius dan suhu 55 darjah celcius pernah dicatatkan.

10. Bandar-e Mahshahr, Iran

bandar e mahshahr iran

Bandar ini merekodkan indeks haba kedua tertinggi. Indeks haba ini menggabungkan suhu udara dan kelembapan relatif. Bandar-e Mahshahr mencatatkan indeks haba sebanyak 74 darjah celcius pada bulan Julai 2015. Manakala suhu rekod terpanas yang pernah direkodkan di Bandar e-Mahshahr Iran adalah pada sekitar 51 darjah celcius.




Hakcipta iluminasi.com (2017)