Kapal terbang adalah pengangkutan terpantas pada masa kini. Terdapat beberapa daripadanya yang mempunyai kelajuan luar biasa berbanding beberapa ratus varian kapal terbang pengangkutan yang lain.

Sesebuah pesawat komersial sememangnya dibuat untuk menjadi yang terpantas walaupun saiz badannya besar dan penumpangnya ramai . Kali ini, mari lihat senarai 7 pesawat penumpang terpantas di dunia yang pernah di hasilkan. Malangnya, tidak semua daripadanya masih beroperasi sehingga ke hari ini. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. Convair 990 Coronado

convair 990 coronado

Convair 990, semasa demonstrasi prototaipnya pada tahun 1961, mampu mencapai kelajuan Mach 0.97, yang merupakan kelajuan udara sebenar terpantas pernah dicapai ketika itu. Beberapa perubahan telah dilakukan untuk pesawat terakhir untuk jaminan prestasi, yang menyebabkan kelajuan maksimum itu turun kepada Mach 0.84.

Pesawat ini dibangunkan untuk syarikat penerbangan Amerika untuk mengurangkan masa yang diperlukan untuk penerbangan. Pesawat itu menggunakan empat enjin turbofan General Electric CJ805-23B dengan kelajuan maksimum 998 km/j. Hanya 37 buah sahaja pesawat ini yang dihasilkan. 

6. Airbus A380

airbus a380

Airbus A380 mencapai Mach 0.85. Kebanyakan pesawat moden kini mencapai had laju ini. Walaupun pengeluaran A380 tamat pada 2020, sekitar 15 syarikat penerbangan masih menerbangkan A380. Tempat duduknya sekitar 400 hingga 550 penumpang.

Airbus 380 dikeluarkan pada 2005, merupakan langkah baharu syarikat Airbus ke dalam perniagaan superjumbo yang telah dikuasai Boeing selama lebih 30 tahun. Perubahan besar telah dilakukan pada rekabentuk pesawat untuk memastikannya muat di landasan dengan lebar sayap sepanjang 262 kaki dan kapasiti penumpang 873.

5. Boeing 787

boeing 787

Pesawat jarak jauh, enjin berkembar dan badan lebar ini mempunyai kelajuan Mach 0.85. Penerbangan pertamanya adalah pada 15 Disember 2009 selepas beberapa kali ditunda. Pesawat ini dirancang untuk dibuat selepas Boeing memutuskan untuk menggugurkan projek Sonic Cruisernya, yang merupakan pesawat yang boleh bergerak pada kelajuan bunyi.

Boeing 787 ialah pesawat penumpang pertama dan terpantas yang mempunyai kerangka pesawat yang diperbuat sepenuhnya daripada bahan komposit. Ia meningkat sehingga 912 km/j pada kelajuan maksimum dan menggunakan sistem elektrik secara meluas. Ia disasarkan untuk mempunyai kadar pembakaran bahan api 20% kurang daripada pesawat 767.

4. Boeing 747-400

boeing 747 400

Boeing 747, bermula dari pengenalannya pada tahun 1969, merupakan satu kejayaan besar dalam industri penerbangan. Varian Boeing 747-400 boleh mencapai sehingga Mach 0.855. Ia mempunyai jarak perjalanann 7,260 batu nautika. Ia juga terkenal kerana tahan lasak, reputasi, dan ketahanannya.

747-400 mencapai kelajuan darat 1328 km/j pada 2020. Ia bermula dari lapangan terbang JFK dan mendarat di Heathrow dalam masa 4 jam 53 minit sahaja dan mencatat rekod terpantas pesawat subsonik. 747-400 dibuat untuk menggantikan 747-8 yang merupakan model komersial mereka yang terkemudian.

3. Boeing 747-8i

boeing 747 8i

Boeing 747-8i adalah yang terbesar serta pesawat terpantas yang masih dalam perkhidmatan pada hari ini. Pesawat penumpang terpantas ini adalah sebesar bangunan enam tingkat dengan kelajuan Mach 0.86. Ia mempunyai kapasiti 410 penumpang dan mampu terbang sehingga jarak 7,730 batu nautika.

Penerbangan penumpang antara benua Boeing 747-8 pertama telah dilakukan pada 26 April 2011. Pesawat ini menghasilkan pelepasan asap yang rendah dan mempunyai penjimatan bahan api yang lebih baik. Pesawat ini menggunakan enjin General Electric GenX yang boleh memacunya sehingga 988 km/j. 

2. Concorde

concorde 817

Pesawat ini merevolusikan sepenuhnya perjalanan udara tetapi gagal bertahan lama kerana kos pembangunan dan penyelenggaraan terlalu mahal. Pesawat ini telah berkhidmat selama 27 tahun dan hanya digunakan oleh penumpang kaya yang mahukan perjalanan udara yang mewah.

Penerbangan Concorde ditamatkan pada 2003 selepas nahas penerbangan Air France yang mengorbankan semua anak kapal dan penumpang. Kelajuan maksimumnya ialah 2181 km/j. Namun kerana beberapa isu yang dinyatakan di atas dan beberapa isu keselamatan padanya, perkhidmatannya terpaksa ditamatkan. 

1. Tupolev Tu-144

tupolev tu 144 821

Tu-144, juga digelar "Concordski," adalah pesawat penumpang supersonik pertama. Kesatuan Soviet mengalahkan UK dan Concorde milik Perancis untuk menjadi pesawat penumpang supersonik pertama. Ia melebihi Mach 2 dan telah beroperasi antara 1968-1999.

Kenaikan harga bahan api dan kebolehpercayaan menyekat penggunaan biasa pesawat ini untuk mengangkut penumpang. Perkhidmatan penumpang telah ditarik balik tiga tahun kemudian dan pesawat ini kemudiannya dihadkan kepada penerbangan hanya untuk kargo. 

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. CNN
  3. Boeing
  4. Ars Technica
  5. BBC News
  6. AP News



Hakcipta iluminasi.com (2017)