Gunung berapi adalah salah satu fenomena semulajadi yang paling tidak dapat dibayangkan di Bumi.

Jika anda jatuh ke dalam pusatnya yang dipenuhi magma, badan anda dengan cepat akan bertukar menjadi gelembung dan hilang tanpa jejak.

Jadi jika ia begitu hebat dalam menghapuskan objek, kenapa kita tidak menggunakannya untuk melupuskan sampah yang tersangat banyak di Bumi ini?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adakah sesiapa pernah mencubanya sebelum ini? Bagaimana kita hendak menghantar semua sampah ke gunung berapi dan bahaya apa yang akan berlaku?

iluminasi.com kongsikan apa yang akan berlaku jika kita membuang sampah ke dalam gunung berapi. Dari segi penjanaan sampah, Amerika Syarikat sahaja menghasilkan 254 tan sampah setiap tahun.

Dan walaupun membuang sampah ke dalam gunung berapi mungkin kedengara seperti cara yang sempurna untuk melupuskan sampah, namun ia tidak semudah itu.

Gunung berapi mungkin kelihatan seperti pembakar sampah secara semulajadi tetapi pada hakikatnya ia lebih berbahaya dan tidak stabil.

Itu belum diambil kira betapa sukarnya untuk sampai ke sana.

Jadi, adakah mengatasi halangan-halangan ini berbaloi atau adakah membuang sampah ke dalam gunung berapi akan mencetuskan lebih banyak masalah kepada planet kita?

sampah sarap yang terlalu banyak di bumi

Halangan pertama dalam untuk pelupusan sampah gunung berapi adalah mencari gunung berapi aktif yang dapat melakukan tugas ini.

Terdapat hanya kira-kira 1,500 gunung berapi berpotensi aktif di seluruh dunia dan kebanyakannya terletak jauh daripada penempatan manusia. 

Ini bermakna proses untuk membawa semua sampah ke gunung berapi aktif boleh menelan kos yang tersangat tinggi dan apabila sampai, kita mungkin mendapati bahawa gunung berapi tersebut mungkin bukan jenis yang sesuai untuk membakar sampah.

Jenis gunung berapi yang perlu dicari dikenali sebagai gunung berapi perisai, jenis gunung berapi yang yang mengandungi tasik lava dan meletus secara perlahan-lahan ke Bumi.

Malangnya, gunung berapi perisai bukanlah sesuatu yang biasa ditemui dan kita lebih cenderung untuk menjumpai saudara kepada gunung berapi ini yang dikenali sebagai gunung berapi strato.

Gunung berapi strato terkenal dengan letusan yang dahsyat yang disebabkan oleh tekanan terbina dari gas panas dan magma.

Dengan kata lain, ia mungkin bukan lokasi yang paling selamat untuk membuang sampah tetapi adalah agak bernasib baik untuk kita menjumpai gunung berapi perisai yang aktif. 

gunung berapi perisai

Sebelum kita fikir tentang masalah logistik untuk membawa sampah-sampah kita ke sana, mari kita lihat sama ada ia adalah idea yang baik untuk membuang sampah ke dalam gunung berapi ini.

Lubang gunung berapi adalah persekitaran berbahaya yang penuh dengan gas beracun, percikan lava dan batu, yang mana akan menjadi bertambah buruk jika anda membuang objek ke dalamnya.

Pada tahun 2002, sekumpulan penyelidik Ethiopia membuang beg sampah seberat 30 kilogram ke dalam sebuah gunung berapi dan hasilnya sangat menakutkan di mana letupan berlaku.

Tasik lava adalah tidak stabil, jadi jika anda menusuk permukaannya dengan sesuatu yang bersuhu rendah seperti sampah, ia akan mencetuskan tindak balas rantaian letupan yang melibatkan stim bertekanan dan berasid.

Jadi, anda boleh bayangkan betapa besarnya letupan yang akan berlaku jika kita buang semua sampai yang ada di dunia ini. 

Dan walaupun kita boleh membawa semua sampah ke kawasan gunung berapi ini, kita masih perlu bimbang tentang pencemaran udara yang bakal dihasilkan melalui pembakaran tanpa penapis.

Malah, tak semua objek atau bahan akan dibakar sepenuhnya oleh lava yang bermaksud bahawa sisa-sisa ini mungkin dibawa keluar semula oleh lava yang meletus dan mencemarkan lanskap sekitar.

Ini membuatkan idea untuk membakar bahan buangan nuklear adalah sangat tidak selamat. Ditambah pula dengan hakikat bahawa penghantaran semua sampah ke gunung berapi ini akan meningkatkan jejak karbon pelupusan sisa menjadikan idea ini sangat teruk.

Jika kita ingin membakar sampah-sampah ini, adalah lebih baik kita lakukannya di tempat yang mana membolehkan kita menggunakan haba yang dikeluarkan melalui pembkaran ini untuk menghasilkan sumber tenaga yang baru.

Atau, mungkin lebih baik jika kita hantarkan semua sampah ke angkasa lepas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)