Ketika ini, Australia sedang berhadapan dengan kebinasaan disebabkan oleh kebakaran hutan paling buruk pernah berlaku dalam berpuluh-puluh tahun sejarah negara itu.

Sebahagian besar daripada hutan di negara ini musnah sejak musim kebakaran yang bermula pada lewat Julai 2019.

Sehingga artikel ini ditulis, bencana nini telah mengorbankan 23 orang di seluruh negara dan di negeri New South Wales (NSW) sahaja, lebih daripada 1,300 buah rumah telah musnah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

jerebu dari kebakaran hutan dilihat di sydney bondi beach pada 10 disember 2019 961

(Jerebu dari kebakaran hutan dilihat di Pantai Bondi, Sydney pada 10 Disember 2019)

Pihak berkuasa negeri dan persekutuan sedang berjuang untuk membendung api besar ini, malah dengan bantuan memadam kebakaran dari negara lain, termasuk Amerika Syarikat.

Semua ini diperburukkan lagi oleh haba yang berterusan dan kemarau, membuatkan ramai menyalahkan perubahan iklim sebagai faktor yang menjadikan bencana alam menjadi lebih teruk.

Di manakah kebakaran ini berlaku?

kebakaran di australia

Terdapat kebakaran di semua enam buah negeri di Australia, tetapi negeri yang paling terjejas teruk adalah di NSW.

Kebakaran telah memusnahkan hutan belukar dan taman negara seperti Blue Mountains.

Beberapa bandaraya terbesar di Australia juga telah terjejas, termasuk Melbourne dan Sydney, di mana kebakaran telah merosakkan rumah-rumah di luar pinggir bandar dan kepulan asap tebal telah menyelubungi pusat bandar.

Terdahulu pada Disember 2019, asap yang sangat dahsyat di Sydney sehinggakan kualiti udara diukur pada 11 kali tahap "berbahaya".

tempat di mana kebakaran berlaku di australia 557

Tahap kebakaran berkisar dari api kecil yang menjejaskan bangunan terpencil atau sebahagian kawasan kejiranan, sehingalah kepada api besar yang marak memakan tanah seluas berhektar-hektar.

Ada api yang mula terbakar dan dapat dikawal dalam beberapa hari, tetapi kebakaran yang marah telah berlaku selama berbulan-bulan.  

Mengapa kebakaran ini sangat dahsyat?

bagaimana kebakaran di australia boleh berlaku

Musim kebakaran di Australia adalah sentiasa berbahaya dan kebakaran Black Saturday pada tahun 2009 yang membunuh 173 orang di Victoria adalah bencana kebakaran paling dahsyat dalam sejarah.

Tetapi keadaan telah menjadi lebih teruk pada tahun ini, yang menyemarakkan api dan membuatkan proses memadam kebakaran lebih sukar.

Ketika ini, Australia sedang berhadapan dengan salah satu kemarau yang paling teruk dalam beberapa dekad di mana Biro Meteorologi negara itu berkata bahawa musim bunga yang lalu adalah yang paling kering sejarah.

kebakaran dahsyat di australia

Sementara itu, gelombang panas pada Disember 2019 memecahkan rekod untuk suhu purata tertinggi di seluruh Australia, dengan beberapa tempat yang panas dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Angin kencang juga menyebabkan kebakaran dan asap tersebar dengan lebih cepat, dan telah menyebabkan kepada kematian seorang anggota bomba sukarela berusia 28 tahun yang meninggal dunia di NSW pada Disember 2019 selepas traknya terbalik akibat angin kencang.

Para pakar mengatakan perubahan iklim telah memburukkan lagi skop dan kesan bencana alam seperti kebakaran dan banjir.

Keadaan cuaca semakin melampau dan selama bertahun-tahun, kebakaran telah lebih awal dan tersebar dengan kadar yang lebih besar.

kebakaran memusnahkan di australia

Beberapa pegawai perkhidmatan kecemasan berpangkat tinggi, termasuk bekas pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat NSW, menghantar surat kepada Perdana Menteri Scott Morrison pada tahun 2019 tentang amaran krisis iklim di Australia.

Sebagai tindak balas, Scott  Morrison menekankan komitmen untuk mengurangkan pelepasan karbon, tetapi juga berkata beliau akan berpegang pada dasar "masuk akal", dan tidak ada "satu polisi tunggal, sama ada iklim atau sebaliknya," yang dapat melindungi sepenuhnya daripada kebakaran.

Apakah kerosakan yang berlaku setakat ini?

kerosakan rumah akibat kebakaran hutan australia

Keseluruhan bandar-bandar telah terbakar dan penduduk di beberapa negeri telah kehilangan tempat tinggal.

Kerosakan struktur paling teruk berlaku di NSW, negeri dengan pendudu paling ramai di Australia, di mana hampir 1,300 rumah telah musnah dan lebih daripada 440 buah rosak.

Secara keseluruhan, lebih daripada 5.9 juta hektar atau 59,000 kilometer persegi telah terbakar di seluruh enam negeri di Australia, yang mana hampir separuh daripada saiz Semenanjung Malaysia.

Dan jika keluasan ini dibentangkan di atas tanah di Semenanjung Malaysia, kesemua lapan negeri dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka terbakar sepenuhnya.

NSW yang paling terjejas dengan kawasan terbakar seluar 3.6 juta hektar atau 36,000 kilometer persegi.

Sebagai perbandingan, kebakaran hutan hujan Amazon pada tahun 2019 membakar lebih 7 juta hektar (70,000 kilometer persegi).

Di Califorina, yang mana terkenal dengan kebakaran hutan yang dahsyat, hanya sekitar 247,000 ekar (2,470 kilometer persegi) sahaja yang terbakar pada tahun 2019, dan sekitar 1 juta ekar (10,000 kilometer persegi) pada tahun 2018.

habitat haiwan musnah akibat kebakaran hutan di australia

Seramai 23 orang di seluruh Australia telah terbunuh pada musim kebakaran ini, termasuk beberapa anggota bomba sukarela. 

Prof. Chris Dickman, pakar dalam kepelbagaian bio Australia di Universiti Sydney, berkata bahawa dalam 3.6 juta hektar hutan yang terbakar di NSW sahaja sehingga sekitar 9 hari lalu, sekitar 480 juta mamalia, burung dan reptilia telah terbunuh atau terkesan dengan kebakaran ini.

Hampir sepertiga koala di NSW mungkin terbunuh dan sepertiga dari habitat haiwan initelah musnah, kata Menteri Alam Sekitar Persekutuan Sussan Ley.

Apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan Australia?

anggota bomba padam kebakaran australia

Pihak berkuasa negeri dan persekutuan telah berusaha untuk memerangi krisis kebakaran ini selama berbulan-bulan.

NSW telah mengisytiharkan darurat pada Disember 2019, yang memberikan "kuasa luar biasa" kepada pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales (NSWRFS), termasuk kuasa untuk memperuntukkan sumber kerajaan dan agensi kerajaan langsung dalam mengambil tindakan.

Negeri Queensland juga mengumumkan darurat pada November 2019.

Terdapat 2,000 anggota bomba yang bekerja di NSW sahaja dan lebih banyak sokongan dalam perjalanan seperti dari Amerika Syarikat, Kanada, dan New Zealand, yang telah menghantar pegawai bomba tambahan untuk membantu.

koala diselamatkan anggota bomba

Kerajaan persekutuan juga telah menghantar bantuan ketenteraan seperti anggota tentera, pesawat tentera udara dan kapal perang tentera laut untuk memadam kebakaran, mencari dan menyelamat, dan usaha pembersihan.

Scott Morrison berkata pentadbirannya memperuntukkan sekurang-kurangnya RM65.6 juta dalam bentuk pembayaran pemulihan bencana kepada keluarga dan perniagaan yang terjejas, dan sehingga RM17,000 bagi setiap anggota bomba sukarela yang dipanggil untuk melawan kebakaran selama lebih dari 10 hari.

Bilakah kebakaran ini akan berakhir?

bila kebakaran di australia akan berakhir

Malang sekali, Australia baru sahaja memasuki musim panas dan biasanya suhu tertinggi adalah pada bulan Januari dan Februari. Ini bermakna negara pulau ini masih jauh untuk menarik nafas lega dan segar.

Kebakaran ini mungkin tidak akan berakhir sepenuhnya kerana ia adalah peristiwa yang berlaku setiap tahun, dan mungkin menjadi semakin buruk jika melihatkan rekod kebelakangan ini. 

Gambar sekitar kebakaran hutan di Australia 

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 2

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 3

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 4

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 5

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 6

kebakaran hutan di australia 4 av151

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 7

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 8

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 9

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 10

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 11

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 12

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 13

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 15

gambar sekitar kebakaran hutan di australia

kebakaran hutan di australia 5

kebakaran hutan di australia 1

kebakaran hutan di australia av190

kebakaran hutan di australia 3

Rujukan:

1. BBC

2. Cnet

3. CNN

4. Washington Post




Hakcipta iluminasi.com (2017)