Cendawan magik, mushies, booms dan shrooms adalah nama samaran bagi sejenis cendawan psychedelic yang boleh ditemui di seluruh dunia. Ia mengandungi bahan aktif halusinogen, terutamanya psilocybin, sejenis halusinogen yang kuat dengan pelbagai sifat lain.

Selain daripada melihat perkara-perkara seperti cahaya yang terang dan laluan, pengguna cendawan ini juga melaporkan rasa seronok melampau dan menjadi tidak sedar sepenuhnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

ini 8 kesan cendawan magik terhadap otak manusia 2

Dengan kualiti ubat-ubatan yang dilaporkan, cendawan istimewa ini menjadi aktiviti rekreasi popular bagi sesetengah orang tetapi pengalaman yang sangat mendalam bagi orang lain.

Dan kini, sains akhirnya berjaya membongkar apa sebenarnya yang dirasakan apabila seseorang itu memakan cendawan ini dan bagaimana ia mengubah fisiologi kita, menyebabkan kesan yang dilaporkan sejak dahulu lagi.

1. Keseronokan

ini 8 kesan cendawan magik terhadap otak manusia 3

Psilocybin diketahui dapat menjejaskan otak dan menyebabkan pengguna berasa terhubung, dengan halusinasi yang bersemangat, termasuklah menjadikan bentuk, warna, rasa dan bau di sekeliling menjadi tidak menentu.

Pendek kata, otak seolah-olah mengamuk dengan kehadiran psilocybin. Seperti LSD (Lysergic acid diethylamide) halusinogen yang lain, psilocybin meningkatkan aktiviti otak dan bukannya mengurangkannya seperti beberapa ubat.

Secara khususnya, ia menjadikan otak berhubung secara luar biasa, membolehkan kawasan yang tidak biasa berkomunikasi antara satu sama lain, berlaku. Hubungan luar biasa akan hilang apabila kesan psilocybin hilang.

2. Kesan berkekalan

ini 8 kesan cendawan magik terhadap otak manusia 0

Satu fakta yang kurang diketahui mengenai psilocybin, adalah ia kekal selama-lamanya. Ya, cendawan magik ini boleh mengubah keperibadian dan mood anda secara kekal.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pengguna yang melaporkan bahawa mereka tidak pernah menjadi sama seperti dahulu selepas memakan cendawan mengandungi psilocybin.

Kajian menunjukkan bahawa kesan psilocybin membuatkan seseorang itu lebih terbuka kepada pengalaman baru dan kesannya bertahan lama berterusan sekurang-kurangnya 14 bulan selepas satu dos, dan mungkin selama-laamanya.

Namun, perlu diketahu bahawa perubahan personaliti dan kesan berkekalan kepada otak pengguna selalunya adalah positif, tak pernah negatif.

3. Mimpi ketika sedar

ini 8 kesan cendawan magik terhadap otak manusia 1 154

Kesan unik oleh psilocybin memberikan sesuatu yang dadah-dadah lain tidak hasilkan, iaitu membuatkan otak pengguna bermimpi ketika terjaga.

Daripada imbasan fMRI, mereka yang berada di bawah pengaruh psilocybin, aliran darah menunjukkan peningkatan aktiviti dalam hippocampus dan anterior cingulate cortex, bahagian otak yang berurusan dengan emosi dan merupakan yang pertama untuk berkembang.

Kedua-dua bahagian otak ini bekerja dengan lebih baik antara satu sama lain dengan kehadiran psilocybin. Hasilnya, corak aktiviti otak ini menyerupai seseorang sedang tidur dan bermimpi, walaupun dalam keadaan sedar.

4. Lebih intim dengan diri sendiri

ini 8 kesan cendawan magik terhadap otak manusia 7

Psilocybin bukan sahaja menghasilkan keadaan seperti bermimpi tetapi juga mematikan keupayaan kognitif. Ia mempunyai kesan yang mengurangkan fungsi bahagian otak seperti prefrontal cortex yang bertanggungjawab dalam pemikiran, penaakulan dan pengenalan diri.

Ini membuatkan pengguna berasa lebih intim berkaitan dengan emosi, tanpa halangan pemikiran logik. Ramai pengguna melaporkan bahawa mereka berasa lebih intim dengan diri sendiri.

5. Sebagai pengubat kemurungan

ini 8 kesan cendawan magik terhadap otak manusia 9

Seperti kebanyakan LSD, kajian menunjukkan bahawa psilocybin mempunyai kualiti antidepresan yang tersangat kuat. Perkara ini disahkan oleh sains sendiri. Halusinogen boleh menjadi antidepresan yang unik, sesuatu yang baru dan berbeza.

Psilocybin menyebabkan perkara ini berlaku dengan melekat dengan kuat kepada reseptor 5-TH2A di dalam otak, yang merupakan reseptor serotonin, sebahagian daripada sistem yang sama yang bertanggungjawab untuk kesan antidepresan.

6. "Dadah" yang selamat

ini 8 kesan cendawan magik terhadap otak manusia 1

Ini mungkin agak pelik dan kejutan kepada pembaca, namun sains menunjukkan bahawa psilocybin adalah dadah rekreasi yang paling selamat. Ia lebih selamat daripada alkohol, ganja dan LSD. 

Semua perkara ini lebih berbahaya daripada psilocybin yang terkandung dalam cendawan magik ini.

Mereka yang mengambil psilocybin daripada cendawan ini memerlukan rawatan perubatan yang kurang pada tahun 2016 berbanding dadah-dadah rekreasi yang lain, termasuk LSD, ganja, ecstasy dan kokain.

Draipada 12,000 yang dilaporkan mengambil psilocybin pada tahun 2016, hanya 0.2% daripada mereka sahaya yang memerlukan rawatan perubatan.

Memang sukar untuk dipercayai namun hakikatnya adalah psilocybin merupakan antara salah satu dadah rekreasi yang paling selamat.

7. Halusinasi

ini 8 kesan cendawan magik terhadap otak manusia 4

Walaupun tidak diketahui sepenuhnya bagaimana psilocybin menghasilkan kesan halusinasi yang kuat, namun ia dikatakan membuatkan sistem saraf bekerja lebih kuat, menyusun semula semua sambungannya dan membuatkan bahagian yang berbeza dalam orak dan sistem saraf untuk bekerjasama sesama sendiri, dalam pelbagai cara.

Ini membuatkan pengguna berhalusinasi kuat seperti melihat dinding melebur, warna menjadi cahaya, objek di dunia nyata bermutasi dan perubahan lain-lain yang sangat teruk.

8. Sebagai rawatan PTSD

ini 8 kesan cendawan magik terhadap otak manusia 10

Perkara terakhir yang diperhatikan berkaitan dengan psilocybin dan kesannya terhadap otak manusia adalah isu kesihatan keseluruhan yang disebut dalam kesusasteraan santifik. 

Seperi yang dinyatakan, banyak kajian dijalankan menunjukkan bahawa terdapat banyak rawatan yang boleh diambil dari penggunaan psilocybin yang terkandung dalam cendawan masik ini, seperti rawatan kemurungan dan Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD).

Selain daripada aspek mental dan emosi, kajian juga mendapati bahawa bahan tersebut memulihkan sel-sel otak yang rosak. Ini mungkin bagaimana psilocybin membantu pesakit melawan penyakit teruk seperti OCD dan PTSD, dengan membantu menstruktur semula bahagian otak yang rosak.

Status undang-undang psilocybin di kebanyakan negara menghalang bahan ini daripada percubaan, tetapi bahan ini terbukti menjanjikan bantuan kepada manusia menjadikan otak dan minda yang lebih sihat.

Rujukan:

1. Business Insider

2. Verse

3. Talk To Frank

4. Canada




Hakcipta iluminasi.com (2017)