Gigi adalah salah satu anugerah yang dikurniakan pada kita yang seringkali diambil mudah akan kesihatannya. Ramai di antara kita tidak menjaga gigi, sehinggalah ia sakit atau menjadi kuning.

Dan apabila menjadi kuning, keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai menjadi kurang, berbanding mereka yang mempunyai senyuman menawan disebabkan gigi yang putih.

BESARKAN TEKS     A-  A+

ini 2 jenis rawatan pemutihan gigi 3

Banyak sebab yang membuatkan gigi kita menjadi kuning malah ada yang menjadi hitam. Antara penyebab utama adalah kerap makan makanan dan minuman berwarna seperti kari, air gas, kopi, kunyit dan banyak lagi.

Pengambilan makanan dan minuman seperti ini ditambah dengan aktiviti merokok mempercepatkan warna gigi menjadi kekuningan. Dan apabila gigi sudah menjadi kuning, bagaikan nasi menjadi bubur. Beribu kali gosok gigi pun akan tetap sama.

Namun jangan risau, bagi yang mahukan gigi kembali cerah, dengan kemajuan teknologi, anda mampu memiliki gigi yang lebih putih. Terdapat rawatan pemutihan yang boleh dilakukan bagi mengubah warna gigi anda.

Rawatan pemutihan gigi pula terbahagi kepada dua iaitu dilakukan di klinik (in office) atau dilakukan sendiri di rumah (take home kit) menggunakan alat yang dibekalkan oleh doktor.

Hidrogen peroksida vs Karbamid peroksida

hidrogen peroksida ini 2 jenis rawatan pemutihan gigi 2

Rawatan pemutihan gigi biasanya menggunakan 2 jenis agen pemutih iaitu hidrogen peroksida dan karbamid peroksida. Kedua-dua ini adalah agen pemutih yang efektif, bezanya adalah karbamid peroksida mengandungi hidrogen peroksida pada nisbah 1:3.

Ini bermaksud produk dengan 30% karbamid peroksida mengandungi 10% hidrogen peroksida.

Yang mana satu lebih baik?

karbamid peroksida ini 2 jenis rawatan pemutihan gigi 2

Berita baiknya adalah kedua-dua agen ini memberikan hasil yang sangat menakjubkan.

Kajian menunjukkan, walaupun hidrogen peroksida kelihatan memberikan kesan yang lebih dramatik pada mulanya, namun produk yang mengandungi jumlah karbamid peroksida dan hidrogen peroksida yang sama, membuahkan hasil yang sama.

Yang mana lebih pantas bertindak?

ini 2 jenis rawatan pemutihan gigi 8

Hidrogen peroksida bertindak lebih pantas daripada karbamid peroksida, kerana ia mengeluarkan hampir kesemua kuasa pemutihannya dalam masa 30 hingga 60 minit.

Karbamid peroksida pula, mengeluarkan kira-kira 50% daripada kuasa pemutihannya dalam 2 jam pertama dan boleh kekal aktif sehingga 6 jam tambahan (jumlah 8 jam).

Ini bermakna produk mengandungi hidrogen peroksida mempunyai masa pemakaian yang singkat.

Rawatan di klinik (in office)

ini 2 jenis rawatan pemutihan gigi 5

Rawatan di klinik adalah lebih mahal berbanding rawatan di rumah kerana ia dilakukan oleh doktor gigi bertauliah dan menggunakan agen dengan kepekatan yang lebih tinggi iaitu hidrogen peroksida, yang memerlukan kemahiran dalam mengendalikannya.

Rawatan yang dikenali sebagai "laser whitening" ini menggunakan hidrogen peroksida menjadikan tempoh rawatan lebih singkat dan anda akan mendapat hasil gigi putih dalam masa 1 jam sahaja. 

Harganya adalah berbeza-beza mengikut klinik dan jenama produk digunakan, biasanya di antara RM600 hingga RM1,500. 

Kelemahan pada rawatan ini adalah gigi anda akan menjadi sensitif dan ngilu (bergantung kepada individu), tetapi hanya untuk tempoh 24 jam sahaja.

Rawatan di rumah

ini 2 jenis rawatan pemutihan gigi 6

Bagi rawatan di rumah pula, doktor akan menghasilkan "tray" mengikut bentuk gigi anda dan dibekalkan karbamid peroksida. Disebabkan kepekatannya lebih rendah daripada hidrogen peroksida maka ia adalah selamat untuk dikendalikan di rumah.

Karbamid peroksida yang dibekalkan diletakkan pada tray gigi yang kemudiannya dipasang pada gigi untuk tempoh di antara 4 hingga 8 jam.

ini 2 jenis rawatan pemutihan gigi 7

Proses ini harus diulang untuk beberapa kali dalam beberapa hari, bagi mendapatkan hasilnya.

Kelemahan rawatan ini adalah anda akan mendapat hasil yang lebih lambat iaitu di antara 7 hingga 10 hari (bergantung kepada pemakaian). Kelebihannya adalah kosnya adalah lebih murah, iaitu sekitar RM300 hingga RM350 (bergantung kepada klinik dan lokasi)

Jadi, jika anda inginkan gigi putih yang cepat dan pantas, lakukan lah rawatan di klinik namun jika anda ingin berjimat, lakukan lah rawatan di rumah.

Peringatan

ini 2 jenis rawatan pemutihan gigi 4

Hasil perubahan warna gigi tidak dijamin menjadi putih seputihnya kerana ia bergantung kepada warna asal gigi anda. Ada orang yang akan mendapat hasil lebih putih daripada orang lain.

Dan warna gigi yang telah diputihkan juga tidak akan kekal selama-lamanya kerana ia bergantung kepada penjagaan dan pemakanan anda. Seelok-eloknya, kurangkan makan makanan berwarna bagi tempoh rawatan, dan juga jika boleh gosok gigi setiap kali lepas makan bagi mengekalkan warna untuk tempoh yang lebih lama.

P/S : Jangan kedekut dengan diri sendiri, ia adalah pelaburan yang berbaloi. Buat apa kalau muka cantik pakai pakaian mahal tapi gigi kuning kan?




Hakcipta iluminasi.com (2017)