Oleh pada 11 Apr 2024 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Dikemudi oleh dua wajah popular, Shukri Yahaya dan Ezzanie Jasny, yang sebelum ini mencipta fenomena menerusi drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan, drama Kuih Muah bakal ditayangkan mulai Hari Raya Kedua secara dalam talian menerusi platform Tonton.

       

Sinopsis

Kuih Muah mengisahkan tentang Adam, seorang lelaki muda yang terkejut dengan berita perceraian ibu bapanya, mengambil keputusan besar untuk menyelamatkan perniagaan kuih keluarganya yang hampir gulung tikar. Dia yakin bahawa dengan menjaga perniagaan itu, dia mungkin juga dapat menyatukan semula keluarganya. Adam memutuskan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan keluarganya, meskipun tindakan ini mengecewakan tunangnya, Ruhana. Dengan bimbingan dan resipi tradisional neneknya, Adam mempelajari seni membuat kuih dengan penuh semangat.

Namun, persaingan muncul apabila Kyle, seorang rakan sekolah yang bermusuh dengan Adam, memulakan perniagaan kuih konsep hipster yang menggugat kedudukan perniagaan keluarga Adam. Kyle juga mempunyai rancangan jahat untuk merampas Ruhana daripada Adam. Dalam usaha untuk menghadapi cabaran ini, Adam tidak hanya belajar tentang seni membuat kuih, malah tentang kekuatan kasih sayang dan pengorbanan yang perlu dicurahkan dalam menjaga keluarga dan hubungan.

        

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

        

sinopsis kuih muah

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Pelakon / Cast

Drama ini mempersembahkan gabungan bakat terkemuka, Shukri Yahaya dan Ezzanie Jasny, yang terdahulu telah mencipta fenomena menerusi drama bersiri "Layang Layang Perkahwinan".

         

kuih muah tv3 episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

          

Turut serta dalam jajaran pelakon ialah Raden Zaharatul, Muaz Zabir, Kismah Johar, Aida Khalida, Roy Azman, Jaafar Onn, Sathiya, Megat Sharizal, Bohari Ibrahim dan Mohamad Singh.

        

Watak Pelakon

Shukri Yahaya sebagai Adam

Ezzanie Jasny sebagai Shahida

Raden Zaharatul sebagai Ruhana

Muaz Zabir sebagai Kyle

Kismah Johar sebagai Nenek

Aida Khalida sebagai Kamila

Jaafar Onn sebagai Wedding Planner

Roy Azman sebagai Kamil

Sathiya sebagai Raju

Megat Sharizal sebagai Boss Adam

Bohari Ibrahim sebagai Pakcik Rustam

Mohamad Singh sebagai Landlord

        

kuih muah drama

Kredit foto: Instagram Tonton MY

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Produksi ini dipersembahkan oleh Cult Film dengan Joon Goh di belakang arahan kreatifnya. Nukilan skrip oleh penulis Nadia Khan.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Karya

         

Tajuk: Karya

Penyanyi: Kaka Azraff, Daniesh Suffian

Komposer: Omar K, Dari

Penulis lirik: Omar K, Dari

          

kuih muah tonton

Lakon layar dan skrip Kuih Muah tidak diasaskan atas sebarang adaptasi novel. Kredit foto: Instagram Tonton MY

        

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Drama Tonton Original Series "Kuih Muah" akan mula disiarkan pada 11 April 2024, dengan tayangan 2 episod baharu setiap hari Khamis menerusi aplikasi penstriman, Tonton.

        

Tajuk cerita? Kuih Muah

Berapa episod? Akan dikemaskini

Setiap hari apa? Khamis

Bila tayang? Mulai pukul 12 tengah malam

Tonton di mana? Secara online di aplikasi Tonton atau laman web tonton.com.my

        

Kredit video: [HIGHLIGHT] Kuih Muah (2024) : Episod 1 - Ha Ayah Adam Nak Move Out?! | Tonton

         

Kredit video: [HIGHLIGHT] Kuih Muah (2024) : Episod 2 - Awak Rasa Saya Ada Masa Untuk Makan Kuih? | Tonton

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)