Kredit foto: Instagram Akim Ahmad

Ibu kepada vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad iaitu Aminah Bahari, 54, dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi.

Berita itu dikongsi sendiri oleh Akim di akaun Instagram peribadinya.

Perkongsian dimuatnaik berbunyi:

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Innalillahiwa inna ilaihi roji’un. Dukacita saya ingin maklum ibu saya, Aminah binti Bahari telah kembali ke rahamtullah sebentar tadi.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin yarabbal alamin."

ibu akim ahmad meninggal dunia 2

Kredit foto: Instagram Akim Ahmad

Sehubungan dengan itu, penyanyi Lagu Untuk Laila ini berharap agar roh ibunya diberikan kesejahteraan.

“Ibu tenang ya di sana. Insya Allah Akim akan kirimkan apa sahaja untuk ibu. Ibu rehat ya,” katanya lagi.

Begitupun, beliau tidak mendedahkan tentang punca kematian.

Terlebih dahulu iaitu pada Jumaat lalu, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini menyeru agar para peminat dapat turut sama mendoakan kesihatan Allahyarhamah.

ibu akim ahmad meninggal dunia 3

Kredit foto: Instagram Akim Ahmad

“Salam Jumaat.... mohon Jumaat penghulu segala hari, dapatlah doakan kesihatan ibu saya Puan Aminah Bte Bahari.

"Terima kasih untuk doa anda semua. Dipanjatkanlah, doa saya untuk kesihatan kalian juga,” katanya.

Perkhabaran itu dihujani ucapan takziah bukan sahaja daripada netizen, malah rakan artis, antaranya Datuk Aznil Nawawi, Hazama, Radin Era, Aweera, Aiman Tino, Marsha Milan dan Along Cham.




Hakcipta iluminasi.com (2017)