Oleh pada 27 Jan 2018 kategori

Sumber foto: BH Online

Seorang guru di sebuah sekolah di Kulim, Kedah yang mengamuk sewaktu mesyuarat sehingga tular di laman sosial, sudah ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baru.

Menerusi kenyataan media di Putrajaya semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) memberitahu, perbuatan guru bernama Tan Hong Lian itu ternyata tidak mencerminkan imej profesionalisme selaku seorang pengajar.

Menurut siasatan awal, insiden berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Chio Min, pada 24 Januari lepas sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

“Sehubungan itu KPM telah mengarahkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk menempatkan dengan kadar segera guru berkenaan di Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baru bermula pada 26 Januari.

“Ia sementara siasatan punca sebenar guru itu bertindak sedemikian selesai. Tindakan ini bagi mententeramkan keadaan emosi guru serta menjaga ketenteraman proses pengajaran di sekolah,” ujar keterangan itu.

KPM juga menasihatkan supaya para guru dan pentadbir sekolah harus sentiasa berperangai dan bertugas secara profesional, terutamanya menerusi persekitaran hubungan antara rakan setugas, pelajar dan masyarakat.

Ini penting demi menghindarkan insiden serupa berlaku lagi. Pihak KPM juga menjelaskan bahawa para guru selaku penjawat awam haruslah sentiasa mempamerkan contoh yang bagus.

Justeru, profesion guru yang ditaruh harapan dan kepercayaan tinggi oleh masyarakat tidak sesekali akan dibuat sebagai bahan ejekan, berikutan penularan rakaman video sebegitu yang sebetulnya cuma kes terpencil.

Sumber berita: Agensi, Mynewshub & HAA




Hakcipta iluminasi.com (2017)