Oleh pada 24 Jun 2018 kategori

Pada 24 Ogos tahun 79 SM, penduduk wilayah Pompeii yang terletak di bandar Napels, Itali menjalani kehidupan mereka seperti biasa tanpa menyedari bahawa ianya akan berakhir dalam beberapa jam sahaja. Ketika itu, gempa bumi dan gegaran berlaku selama beberapa hari.

Walaupun di situ terletaknya Gunung Berapi Vesuvius, namun penduduk setempat tidak risaukan apa-apa mengenainya kerana gunung ini sudah tidak meletus selama beratus-ratus tahun. Jadi, mereka meneruskan kehidupan sehingga petang hari tersebut.

gunung berapi vesuvius letusan dahsyat yang membekukan warga pompeii 2

Tiba-tiba, Gunung Vesuvius meletus dengan dahsyat sekali. Setiap letupan melepaskan gas maut yang tersangat panas bersama-sama abu-abu serta hujan berapi.

Ia kemudiannya diikuti dengan lonjakan dan aliran piroklastik yang lebih bahaya dan memusnahkan berbanding lahar disebabkaan oleh suhu yang tersangat panas dan pergerakannya yang lebih pantas.

Selepas semuanya berakhir, serpihan gunung berapi dan abu setinggi 6 meter telah "menguburkan" daerah Pompeii dan penduduknya. Selepas "dikebumikan" abu-abu ini selamat lebih daripada 1,900 tahun, mangsa-mangsa yang ditemui di daerah ini telah "dihidupkan" menggunakan teknologi masa kini, membolehkan kita untuk mempelajari dari tamadun yang beku ini.

1. Warga Pompeii mati sepantas kilat

gunung berapi vesuvius letusan dahsyat yang membekukan warga pompeii 3

Sebelum ini, andaian utama yang dibuat adalah mangsa-mangsa ini mengalami sesak nafas akibat daripaada gas dan abu yang sangat toksik daripad gunung berapi.

Namun kajian terbaru oleh pakar gunung berapi, Giuesppe Mastrolorenzo dan rakan-rakannya mendapat bahawa beratus-ratus kematian berlaku semasa lonjakan piroklastik keempat, yang mana adalah yang pertama sampai ke Pompeii. 

Mereka mengatakan bahawa lonjakan tersebut mengeluarkan abu kurang daripada yang disangkakan sebelum ini, iaitu setebal kira-kira 3 sentimeter. Namun, suhunya yang mencecah sekurang-kurangnya 300°C telah membunuh penduduk dengan serta-merta.

2. Tiga per empat daripada penduduk Pompeii "beku" dalam tragedi ini

gunung berapi vesuvius letusan dahsyat yang membekukan warga pompeii 4

Orang ramai mendedahkan bagaimana mangsa-mangsa mati, ada yang terperangkap di dalam baangunan dan ada yang melindungi anggota keluarga mereka. Kanak-kanak dan orang dewasa didapati terkubur di bawah debu-debu.

Satu teknik penapisan plaster dan dalam satu case, "resin cast" telah digunakan bagi mengekalkan butiran pada kubur mangsa. Walaupun tisu-tisu lembut sudah mereput lama dahulu, namun setiap tulang kerangka masih kekal. Jadi, apa yang anda lihat bukanlah patung atau replika, tetapi adalah mayat yang sebenar.

Hanya 86 badan sahaja masih jelas wujud daripada jumlah kira-kira 2,000 mangsa yang mati. Keadaan untuk menghasilkan acuan mayat sangat jarang berlaku yang mana menjelaskan mengapa kebanyakan daripada mayat tersebut lenyap. 

gunung berapi vesuvius letusan dahsyat yang membekukan warga pompeii 5

Sehingga kini, penggalian masih dilakukan namun plaster telah merosakkan sisa-sisa mayat yang rapuh membuatkan ahli arkeologi tidak lagi menghasilkan acuan badan tersebut. Bukan sahaja posisi badan mayat boleh dilihat, tetapi juga ekspresi wajah juga menunjukkan kesakitan ketika mati.

Salah satu mangsa meletakkan tangan di atas kepala seolah-olah sedang melindungi diri daripada azab yang mendatang. Satu lagi mangsa menunjukkan ekspresi wajah sedang menjerit, memperlihatkan gigi dan mulut yang jelas.

Lain-lain mangsa kelihatan merangkak seolah-olah cuba untuk melarikan diri daripada nasib yang tak dapat dielakkan. Selain itu, ada juga mayat yang kelihatan sedang memeluk orang yang tersayang. Tiada siapa tahu bagaimana mereka menghabiskan minit-minit terakhir.

3. "Garden of Fugitives" mempunyai paling ramai mangsa

gunung berapi vesuvius letusan dahsyat yang membekukan warga pompeii 7

Daripadaa sekitar 2,000 penduduk Pompeii yang dipercayai terbunuh dalam bencana ini, ahli arkeologi hanya berjaya menjumpai kira-kira 1,150 mayat. Ini bermakna majoriti daripada 20,000 penduduk bandar Naples telah melarikan diri apabila letupan gunung berapi berlaku.

The Garden of the Fugities menjadi lokasi paling banyak mangsa dijumpai di satu lokasi. 13 nyawa terbunuh di sini ketika ingin mendapatkan perlindungan. House of Mysteries mempunyai 9 mayat yang dipercayai berlakunya runtuhan bumbung rumah menyebabkan mereka terperangkap.

Tempat mandian awam Stabian Thermal dan pasar ikan masing-masing mempunyai 2 mayat.

4. Haiwan juga tidak terkecuali

gunung berapi vesuvius letusan dahsyat yang membekukan warga pompeii 8

Memandangkan ia sebuah daerah yang makmur, ramai penduduk di kawasan ini mempunyai haiwan peliharaan, terutamanya anjing. Bagi mereka yang berada, kuda menjadi pilihan dan juga terdapat haiwan-haiwan ternakan. Juga terdapat haiwan liar di kawasan sekitar.

Malangnya, haiwan-haiwan inijuga tidak sempat menyelamatkan diri dan terbunuh. Di pasar Olitorium, seekor khinzir telah ditemui. Juga seekor anjing kecil ditemui yang terbaring dengan  kaki yang terbengkok memberikan gambaran saat-saat terakhir haiwan ini.

Diandaikan bahawa pemilik anjing ini mengikatnya kerana beranggapan mampu bertahan hidup pada fasa pertama letusan berlaku. Pemilik mungkin meninggalkan anjing ini untuk melindungi harta bendanya dengan harapan untuk pulang apabila sudah selamat.

Ahli arkeologi juga baru sahaja menemui beberapa ekor kuda di kandangnya di vila Pompeii yang mana juga tidak bernasib baik. Tulang rangka keldai juga ditemui melalui penggalian namun acuan bangkai tidak dihasilkan oleh ahli arkeologi.

5. "Two Maidens" sebenarnya adalah lelaki

gunung berapi vesuvius letusan dahsyat yang membekukan warga pompeii 0

Imej ini sebelum ini dikenali sebagai 2 wanita yang sedang berpelukan sesama sendiri ketika menghadapi kematian. Ia dikenali sebagai "Two Maidens" oleh ahli arkeologi yang menemui mereka.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2017, para penyelidik mendapati bahawa kedua-dua individu yang berpelukan ini sebenarnya adalah lelaki, menimbulkan tanda tanya iaitu kemungkinan bahawa mereka adalah gay.

Imbasan CT dan hasil DNA tulang mengesahkaan bahawa mereka adalah lelaki. Pengesahan lanjut membuktikan bahawa kedua-duanya tidak mempunyai hubungan keluarga seperti anak dengan ayah atau abang dengan adik.

Hasil DNA menunjukkan salah seorang berusia di antara 18 hingga 20 tahun, dan seorang lagi 20 tahun atau lebih. Kepala salah seorang berada di atas dada yang seorang lagi, seolah-olah mencari perlindungan.

Namun, pastinya ia tidak boleh disahkan sebagai homoseksual. Namun hasil DNA dan posisi mereka membawa kepada konklusi oleh para sarjana bahawa terdapat hubungan emosi di antara kedua-duanya.

6. Warga Pompeii mempunyai gigi yang cantik dan sihat

gunung berapi vesuvius letusan dahsyat yang membekukan warga pompeii 9

Imbasan yang dilakukan baru-baru ini telah mendedahkan bahawa orang Pompeii mempunyai gigi yang putih mutiara yang sangat mengagumkaan bagi era ini, menunjukkan kesihatan yang sangat baik.

Tahun 79 SM bukanlah era yang terkenal untuk penjagaan gigi yang betul namun penjagaan oleh penduduk Pompeii adalah jauh lebih baik daripada yang lain. Penyelidik memberitahu gigi mereka juga adalah lebih baik daripada kita sekarang.

Ini disebabkan oleh pemakanan mereka yang tinggi dalam pengambilan buah-buahan dan sayuran, serta pengambilan gula yang rendah. Juga, wilayah ini mempunyai sumber fluorin di dalam udara dan air berhampiran dengan gunung berapi.

7. Kehidupan seksual yang melampau

artifak pompeii

Tabiat seksual penduduk Pompeii mampu membuatkan mereka yang berfikiran terbuka menjadi malu, yang mana Rom kuno dan Pompeii dianggap sebagai budaya hedonistik.

Pompeii ditemui semula untuk pertama kalinya pada hujung abad ke-16 oleh pekerja-pekerjaa yaang menggali bagi mengubah laluan sungai Sarno.

Mereka kemudiannya memanggil arkitek Itali, Domenico Fontana yang mana terkejut dengan lukisan-lukisan seksual pada dinding yang jelas dan barangan lain dijumpai ketika menggali.

Barangan yang ditemui dianggap terlalu sensitif dan menyinggung perasaan pada masa itu. Artifak-artifak tersebut kekal tertanam sehingga abad ke-18. Pada tahun 1819, bakal raja pada masa itu, Francis I sangat terkejut dengan penemuan barangan erotik yang mana telah diarahkan untuk disimpan dalam almari rahsia.

gunung berapi vesuvius letusan dahsyat yang membekukan warga pompeii 11

Paling penting, artifak ini tidak dibenarkan dilihat oleh orang awam sehingga tahun 2000. Apa yang mengejutkan adalah orang Pompeii menggabungkan zakar ke dalam perabot, lampu minyak mahupun loceng angin.

Penemuan erotik digambarkan dalam mosaik dan lukisan-lukisan dinding di rumah, bermakna erotika berada di mana-mana sahaja. Objek paling terkenal yang ditemui adalah arca di mana dewa Pan (dewa hutan) sedang berasmara dan "beraksi" bersama seekor kambing.

Karya seni tersebut milik Lucius Pontifex, bapar mertua Julius Caesar. Rumah pelacuran juga sangat terkenal di Pompeii purba, dan terdapat kira-kira 35 buah rumah pelacuran wujud ketika letusan berlaku. Harga-harga pelacur ditulis pada dinding sebagai grafiti, dan perkhidmatan yang ditawarkan digambarkan melalui lukisan.

Rujukan:

1. Pompeii

2. JKCLark3

3. Liverse




Hakcipta iluminasi.com (2017)