cctv letusan anak krakatau

Pada 10 April 2020 lalu, Gunung Krakatoa yang terkenal di dunia, Anak Krakatau, telah meletus di Indonesi dengan pancutan lava dan asap dan abu yang besar. Imej satelit menunjukkan abu berterbangan beberapa kilometer ke udara dan terdapat gumpalan asap hitam setinggi 15 km.

Menurut penduduk berdekatan yang tinggal di Bogor, bunyi letusan dapat didengari dan gunung ini telah meletus tanpa heti selama 2 jam. Laman Volcano Discovery yang membuat pemerhatian mengenai kejadian ini mengatakan ianya sangat besar, sekurang-kurangnnya lebih besar daripada kejadian pada tahun 2018.

Menurut laman Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM) Indonesia, letusan Anak Krakatau ini bermula pada tengah malam hari Jumaat (10 April 2020). Letusan pertama dikatakan terjadi sekitar pukul 2158 malam waktu tempatan.

Kejadian ini dipercayai menjadi fenomena letusan terkuat sejak aktiviti phreatomagmatic yang ganas selepas separuh bahagian gunung berapi ini "runtuh" pada 2018 yang telah mencetuskan tsunami besar yang  membunuh beratus-ratus orang di pantai barat Jawa.

letusan phreatomagmatic

Letusan phreatomagmatic terjadi apabila air bersentuhan secara langsung dengan magma daripada gunung berapi

Menurut Pusat Mitigasi Bencana Gunung Berapi dan Geologi Indonesia, sebelum kejadian letusan pada tahun 2018, Gunung Anak Krakatau mempunyai sejumlah 40-70 juta meter isipadu (1.4 bilion - 2.4 bilion kaki padu) dan kehilangan 150 - 180 juta meter padu (5.2 bilion-6.3 bilion kaki kubik) ketika letusan dan tsunami pada 2018.

Analisis yang dilakukan itu menunjukkan skala keruntuhan pulau itu yang menghasilkan tsunami yang merempuh lebih daripada 300km kawasan pantai di Sumatera dan Jawa. Lebih 420 orang mati akibat ombak besar yang yang terhasil dan 40,000 orang penduduk telah dipindahkan.

Kewujudan Gunung Anak Krakatau

lokasi anak krakatau

Anak Krakatau merupakan sebuah pulau di kaldera di Selat Sunda di antara Pulau Jawa dan Sumatera di wilayah Lampung di Indonesia. Pada 29 Disember 1927, Anak Krakatau muncul dari kaldera yang dibentuk pada 1883 oleh letusan gunung berapi yang menghancurkan pulau Krakatoa.

Terdapat perbezaan antara kawah (crater) dan kaldera (caldera). Kawah terbentuk akibat letusan gunung berapi yang menghembuskan batuan dan bahan-bahan lain yang berasal dari pusat gunung api. Sementara itu, kaldera terbentuk ketika gunung berapi runtuh dengan sendirinya, yang mungkin berpunca daripada kejadian letusan gunung ataupun bukan daripada kejadian letusan.

Sehingga kejadian pada tahun 2018, Anak Krakatau telah berkembang pada purata 13 cm (5.1 in) setiap minggu sejak tahun 1950-an. Ini menyamai pertumbuhan purata 6.8 m (22 kaki) setiap tahun. Pulau ini kekal aktif pada Januari 2019 dengan kejadian letusan yang paling baru dimulakan pada tahun 1994.

Pada 6 Mei 2009, pasukan Tinjauan Vulkanologi Indonesia meningkatkan status amaran letusan Anak Krakatau ke Tingkat III. Ekspedisi yang dilakukan ke gunung berapi ini kemudiannya menunjukkan bahawa kubah lava selebar 100 m (330 kaki) tumbuh di kawahnya.

Pada bulan Januari 2012, sepasukan pengkaji gunung berapi dari University of Oregon, Amerika Syarikat memberi amaran bahawa kemungkinan tsunami yang disebabkan oleh keruntuhan satu sisi Anak Krakatau kerana ia terbentuk di cerun curam di pinggir kaldera besar yang dibentuk pada tahun 1883.

Kejadian tsunami tahun 2018

     

Letusan gunung berapi pada 22 Disember 2018, menyebabkan tsunami yang dahsyat dengan ombak mencapai ketinggian lima meter. Pada 31 Disember 2018, agensi kajian bencana menyatakan jumlah korban tsunami ini adalah sebanyak 437 orang dengan 14.059 orang cedera.

Peristiwa ini menjadikan letusan gunung berapi ini sebagai paling membunuh pada abad ke-21 setakat ini. Para saintis telah membuat kajian akan kemungkinan tragedi ini berlaku enam tahun sebelumnya dan telah mengenal pasti bahagian barat sebagai bahagian gunung berapi yang kemungkinan besar akan runtuh dan mencetuskan tragedi ini. 

tsunami 2018

27070000 8209617 image a 27 1586601623343

Berikutan letusan Disember 2018, dipercayai bahawa bahagian barat daya gunung berapi ini termasuk puncaknya telah runtuh semasa letusan dan mencetuskan tsunami. Pada 23 Disember, perkara ini disahkan oleh data satelit dan rakaman helikopter dengan saluran utama dilihat meletus dari bawah air menghasilkan letusan jenis Surtseyan-style.

Nota: Letusan Surtseyan adalah sejenis letusan gunung berapi yang berlaku di laut cetek atau tasik. Ia dinamakan sempena nama pulau Surtsey dari pantai selatan Iceland.

Akibat letusan pada 2018 ini, gunung berapi ini kehilangan dua pertiga daripada jumlah isipadunya dan ketinggiannya di atas paras laut berkurangan daripada 338 m (1,109 kaki) kepada 110 m (360 kaki). Apa yang dilihat sebagai gunung berapi yang berbentuk kon dengan ketinggian 340 meter berkurangan menjadi hanya 110m.

Apa pun, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur kerana lokasi geografi negara kita yang strategi di luar rangkaian gunung berapi dan gempa bumi.

Kredit:

  1. NZ Herald
  2. Volcano Discovery 
  3. Wikipedia
  4. The Jakarta Post


Hakcipta iluminasi.com (2017)