Kredit foto: malaysianaccess.com
Aktor Fizz Fairuzz kini bergelar Datuk selepas menjadi antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.
Fizz atau nama lahirnya, Mohd Fairus Zainal Abidin menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Istiadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Dalam pada itu, isteri Fizz, Almy Nadia enggan memberi sebarang ulasan kerana masih berada dalam majlis istiadat ketika dihubungi portal Mstar Online.
"Maaf, Almy masih lagi dalam istana kerana majlis belum lagi selesai," katanya.
Pun begitu, menerusi kiriman Instagram pada malam Jumaat, aktres ini melahirkan rasa syukur.
"Syukur Alhamdulillah penghulu segala hari. Amin. Bangga dengan awak, Fizz Fairuz," tulisnya.
Para peminat menerusi ruangan komen mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian suaminya.
Sumber berita: Mstar