biarlah orang nak cakap apa fairuz suami datuk vida

Kredit foto: tambahcheese.com

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita keruntuhan rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Dakwaan penceraian tersebut telah menjadi tular sejak dua minggu yang lalu. 

Dalam perkembangan terkini, suami Vida, Fairuz Ahmad Zainuddin ketika cuba diwawancara, memberikan beberapa jawapan ringkas berkenaan berita tersebut. 

Apabila diminta mengulas, beliau enggan mengeluarkan sebarang kenyataan. 

Tengah viral ya, bior le, no comment.

Sumber: Media Hiburan 

Namun apabila ditanya, adakah beliau tidak bimbang akan spekulasi-spekulasi yang bakal timbul jika terus berdiam diri, ini pula jawab Fairuz. 

Biar la orang nak cakap apa. My comment is no comment.

Sumber: Media Hiburan 

Fairuz yang ketika itu diwawancara melalui aplikasi Whatsapp turut memberitahu beliau baru sahaja tiba di Ipoh selepas perjalanan dari Kuala Lumpur. 

Sementara itu dalam kenyataan lain, Datuk Seri Vida mengakui beliau dan suami telahpun bercerai, bagaimanpun enggan berkongsi punca perpisahan tersebut. 


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)