Oleh pada 27 Jan 2018 kategori

Sumber foto: tv14.my

Sejak tahun 2016, gandum telah lebih banyak digunakan berbanding beras sebagai makanan asasi tempatan.

Kadar penggunaan gandum pada tahun 2016 adalah 1.7 juta tan metrik, manakala beras pula sebanyak 1.6 juta tan metrik.

Meskipun begitu, disebabkan Malaysia tidak ideal bagi penanaman gandum, 100 peratus bekalan gandum terpaksa diimport dari luar negara.

"Jika gandum kini termasuk sebagai makanan asasi rakyat Malaysia, apakah akan terjadi jika komoditi ini tergugat dari segi harga atau bekalan dan apakah implikasi terhadap ‘Food Security’ Negara?," soal Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal melalui keterangannya pada hari Jumaat.

Beliau menyoalkan masalah penting iaitu tentang harga tepung yang dikatakan seperti tidak dikawal.

"Kajian pihak kami menunjukkan bahawa harga gandum di pasaran dunia kian menurun untuk beberapa tahun kebelakangan ini namun mengapakah tiada penurunan harga tepung di negara kita?."

Tambahnya lagi, kebimbangan tersebut disuarakan berikutan gandum yang semakin banyak digunakan sekarang membawa kesan terhadap golongan pekerja, pengguna dan rakyat secara umumnya.

Sumber berita: Astro Awani




Hakcipta iluminasi.com (2017)