Seperti yang kita ketahui, Anugerah Akademi ke-89 (Oscars) telah pun diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dikenali sebagai sebuah anugerah yang cukup berprestij dalam mengiktiraf karya filem Hollywood, pelawak popular tanahair, Nabil Ahmad sememangnya bertuah kerana terpilih untuk diterbangkan ke Los Angeles bagi menjadi pengacara segmen karpet merah anugerah tersebut.

Dalam pada itu, tayangan eksklusif yang diadakan di The Ritz Carlton, Kuala Lumpur juga tidak kurang hebatnya. Ianya menyaksikan kehadiran para selebriti tempatan untuk menonton anugerah gilang-gemilang tersebut secara langsung.

Acara karpet merah majlis itu dikendalikan oleh pelakon jelita, Juliana Evans. Antara artis terkenal yang hadir seperti Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Hisyam Hamid, Kamal Adli, Amelia Henderson, Shahrol Shiro dan Daphne Iking.

tayanganoscarsmalaysia1

tayanganoscarsmalaysia4

tayanganoscarsmalaysia7

tayanganoscarsmalaysia8

tayanganoscarsmalaysia9

tayanganoscarsmalaysia10

tayanganoscarsmalaysia11

Sumber berita & foto: Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)