Kredit foto: Instagram @dynasmokhtar

Seperti diketahui ramai, Dynas Mokhtar bakal berkahwin dengan seorang pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April ini.

Untuk pengetahuan, ini merupakan perkahwinan kedua akres jelita itu selepas 4 tahun bergelar ibu tunggal.

Baru-baru ini, Dynas telah mengadakan majlis 'bridal shower' bersama rakan-rakan selebritinya seperti Sazzy Falak, Yasmin Hani, Daphne Iking, Serena C dan beberapa lagi kenalan berketurunan CIna.

Antara aktiviti majlis yang diadakan di The Taaras Beach & Spa Resort, Pulau Redang itu termasuk mandi buih dalam tab mandi yang serba sederhana dan sopan.

Terdahulu, Dynas pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Hafizi Mohamed sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2014.

Sumber berita: 

1. Forum CARI

2. Instagram Dynas Mokhtar

3. Wikipedia Dynas Mokhtar




Hakcipta iluminasi.com (2017)