Baru-baru ini, model Muslimah terkemuka, Adiela Rose Ridzuan telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya bersama pasangan yang diadakan secara meriah.

Pasangan serasi ini mengenakan persalinan lengkap sedondon berwarna ungu lembut di majlis tersebut.

Adiela tampak begitu jelita sekali menyarung busana pengantin hasil rekaan Masrina Munir, manakala suaminya juga kelihatan begitu segak berbaju Melayu.

Majlis itu dimeriahkan  dengan kehadiran para tetamu yang terdiri dari ahli keluarga, sanak saudara serta teman rapat pasangan pengantin itu yang turut mengenakan pakaian mengikut tema.

Adiela turut sempat berkongsi detik-detik manis majlis pernikahan tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

majlis pernikahan adiela rose ridzuan 2

majlis pernikahan adiela rose ridzuan 3

majlis pernikahan adiela rose ridzuan 4

majlis pernikahan adiela rose ridzuan 5

majlis pernikahan adiela rose ridzuan 6

majlis pernikahan adiela rose ridzuan 7

majlis pernikahan adiela rose ridzuan 8

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini dan semoga hubungan mereka kekal sehingga ke anak cucu.

Kredit foto: Instagram @adielaridzuanInstagram #najARInstagram #RidzRose & ramenpedas.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)