Kredit foto: Instagram Suri Hati Mr Pilot Raya

Selepas 'berpisah' dek kerana beberapa kontroversi yang melanda, akhirnya pelakon Neelofa dan Fattah Amin kembali disatukan untuk mengubati kerinduan peminat.

Pasangan ini bakal berganding sekali lagi untuk sebuah telefilem khas tayangan sempena Aidilfitri - judulnya Suri Hati Mr Pilot Raya (SHMPR).

Pasti ramai yang sedar dengan kesesakan hashtag lofattah yang melanda laman sosial baru-baru ini. Nampaknya kemunculan semula pasangan ini bakal menggamit fenomena yang pernah tercetus suatu ketika dahulu.

Untuk info, Neelofa dan Fattah telahpun memasuki set penggambaran SHMPR sejak 8 April lalu.

Justeru, bagi meredakan penantian peminat sementara drama ini disiapkan, kami paparkan beberapa foto menarik di sekitar set penggambaran drama tersebut. Jom saksikan.

foto di sekitar set penggambaran suri hati mr pilot raya 2

foto di sekitar set penggambaran suri hati mr pilot raya 3

foto di sekitar set penggambaran suri hati mr pilot raya 4

foto di sekitar set penggambaran suri hati mr pilot raya 5

foto di sekitar set penggambaran suri hati mr pilot raya 6

Kredit foto: Instagram Suri Hati Mr Pilot Raya




Hakcipta iluminasi.com (2017)