Semalam, berlangsungnya majlis doa selamat dan solat hajat khas buat penyanyi yang sedang bertarung melawan kanser limfoma tahap empat, Elyana.

Majlis tersebut di bawah anjuran kelab peminatnya, Elyana Official Fan Club atau Elo FC sebagai tanda kasih sayang dan sokongan terhadap bintang Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu.

Berlangsung di Masjid Karangkraf yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor, suami serta puteri kesayangannya, Cinta Sumayah turut hadir menemani beliau.

Juga diundang sebagai tetamu ialah tahfiz jemputan daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Al Isla.

Sebelum ini, kawan rapat Elyana, Zuhairry Zainal, dalam temubual bersama BH Online, memberitahu majlis penuh keberkatan itu dianjurkan ahli kelab peminatnya atas kata sepakat selepas mendapat tahu Elyana menghidap penyakit kanser sebagaimana yang dimaklumkannya dalam ucapan ketika tersingkir di konsert GV4.

foto foto sekitar majlis solat hajat dan doa selamat elyana 3

Bersama-sama kita mendoakan agar Elyana kembali pulih seperti sediakala dan hadirkanlah kata-kata positif buatnya di media sosial.

Kepada anda yang tidak berkesempatan menghadiri majlis malam tadi, berikut kami kongsikan foto-foto menarik acara itu.

foto foto sekitar majlis solat hajat dan doa selamat elyana 2

foto foto sekitar majlis solat hajat dan doa selamat elyana 4

foto foto sekitar majlis solat hajat dan doa selamat elyana 5

foto foto sekitar majlis solat hajat dan doa selamat elyana 6

foto foto sekitar majlis solat hajat dan doa selamat elyana 7

foto foto sekitar majlis solat hajat dan doa selamat elyana 8

foto foto sekitar majlis solat hajat dan doa selamat elyana 9

foto foto sekitar majlis solat hajat dan doa selamat elyana 10

foto foto sekitar majlis solat hajat dan doa selamat elyana 11

Kredit foto: Instagram @photosymptom

Sumber berita: Berita Memey & BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)